CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33754|Reply: 0

[Sarawak] Fadillah akan kemuka cadangan jadikan Deepavali cuti umum di Sarawak

[Copy link]
Post time 13-11-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode


Gambar Facebook Fadillah Yusof

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan Sarawak supaya perayaan Deepavali diwarta sebagai cuti umum.

Fadillah berkata beliau memahami perkara itu antara isu yang sering dibangkitkan penganut Hindu di Bumi Kenyalang.

“Ramai yang menyuarakan agar Deepavali di Sarawak ini dapat menjadi sebahagian daripada cuti umum.

“Saya yakin perkara ini sudah diketahui kerajaan negeri Sarawak dan saya sendiri akan kemukakan lagi,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam Deepavali Persatuan India Kuching (IAK) di sini malam tadi.

Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata Sarawak akan meneliti permintaan komuniti India di negeri ini untuk mengisytiharkan cuti umum bagi perayaan Deepavali.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.067197 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list