CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33448|Reply: 0

[Sarawak] Waspada beli produk kesihatan dalam talian

[Copy link]
Post time 13-11-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 13-11-2024 09:04 AM



Mohd Zawawi memukul gong sebagai simbolik kepada perasmian program tersebut di Kapit, hari ini.

KAPIT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika membuat pembelian produk kesihatan dalam talian kerana terdapat risiko produk tersebut tidak sah atau berbahaya.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) Norhaliza Abdul Halim berkata, perkembangan pesat teknologi kini memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat serta produk kesihatan secara dalam talian.

Namun, beliau menegaskan bahawa orang ramai perlu berwaspada kerana banyak produk kesihatan yang dijual mungkin tidak berdaftar, tiruan atau tercemar dengan bahan terlarang.

"Walaupun maklumat mudah diperoleh secara dalam talian, pengguna berisiko terdedah kepada produk yang tidak berdaftar atau berbahaya.

"Tidak semua maklumat yang terdapat di internet adalah sahih atau menggambarkan ciri sebenar produk tersebut," ujar beliau.


Para peserta program merakamkan gambar kenangan bersama Mohd Zawawi (duduk tiga kiri barisan kedua).

Menurut Norhaliza, pengguna mudah terdedah kepada risiko produk yang keselamatannya diragui, termasuk ubat tidak berdaftar, ubat tiruan, atau produk yang dicemari dengan racun berjadual.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM Mohd Zawawi Abdullah, ketika merasmikan Program Gempuru TOBaTS dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2024 di Rumah Dennis Langok, Jalan Selirik, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Perisikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM Mohd Azaruddin Azis,Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr. Misah Md Ramli dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah.

Turut hadir, wakil Pegawai Kesihatan Bahagian, Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit Dr. Liong Oey Kit dan Ketua Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Benodict Apok Talin.

Norhaliza turut menjelaskan bahawa KKM melalui Program Perkhidmatan Farmasi dan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi sedang giat melaksanakan pelbagai langkah untuk melindungi pengguna daripada risiko produk tidak sah.


Antara aktiviti yang diadakan sempena penganjuran program tersebut.

Ini termasuk menguatkuasakan undang-undang, sistem pendaftaran produk kesihatan, penggunaan label keselamatan Hologram FarmaTag®, serta kempen kesedaran awam.

Tambah beliau, Program Gempuru TOBaTS yang dilancarkan itu adalah kesinambungan daripada kempen-kempen terdahulu seperti "Pilih Ubat Berdaftar", "Scan Dulu Baru Beli", dan "Waspada Penjualan Ubat Secara Dalam Talian".

Jelas beliau, melalui kempen-kempen ini, KKM berharap dapat meningkatkan kesedaran pengguna dan memastikan hanya ubat-ubatan yang sah diperoleh melalui sumber yang dipercayai.

Selain itu, ANMS juga bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat dan mewujudkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia.

"Agenda ini dirancang untuk tempoh 10 tahun, bermula dari tahun 2021 hingga 2030, dan melibatkan empat teras utama iaitu promosi gaya hidup sihat, perkhidmatan kesejahteraan kesihatan, kawalan kesihatan kendiri, dan kebersihan persekitaran,"katanya.

Justeru beliau mengajak semua pihak untuk menyokong usaha ini dan membantu menyebarkan maklumat mengenai kepentingan ubat berdaftar serta amalan hidup sihat demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.274163 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list