CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15416|Reply: 10

5,449 syarikat bukan Bumiputera miliki sijil halal

[Copy link]
Post time 13-11-2024 12:27 PM | Show all posts |Read mode






Kuala Lumpur: Sebanyak 57 peratus atau 5,449 syarikat yang memiliki sijil halal terdiri daripada kalangan pengusaha bukan Bumiputera.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, jumlah itu direkodkan daripada 9,520 syarikat yang mendaftar sebagai pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), setakat 10 November lalu.


"Berdasarkan rekod terkini sehingga 10 November 2024, jumlah pemegang SPHM ialah 9,520 syarikat.


"Daripada jumlah itu, sebanyak 5,449 syarikat adalah pemegang SPHM dalam kalangan bukan Bumiputera dengan nisbah 57 peratus.


"Selain itu, jumlah pemegang SPHM Bumiputera pula membabitkan 3,803 syarikat iaitu 40 peratus dan baki tiga peratus lagi (268 syarikat) dari kalangan pemegang SPHM milikan asing," katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen Malaysia.


Beliau menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai perancangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menarik lebih ramai pengusaha Bumiputera dalam memiliki sijil halal berikutan statistik menunjukkan, 72 peratus produk yang memiliki status halal adalah milik bukan Bumiputera.


Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata, kerajaan melalui Jakim dan majlis agama Islam (Main) atau jabatan agama Islam negeri (JAIN) sentiasa mencari pendekatan terbaik bagi mencapai matlamat itu.


"Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengusaha Bumiputera memiliki sijil halal, kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan seperti Mara, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan agensi pembimbing dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam bentuk sesi libat urus, penganjuran program bimbingan dan kesedaran serta lain-lain.


"Antara perancangan khusus yang telah disusun bersama GiatMARA pada masa ini ialah mensasarkan 12 lagi pusat GiatMARA untuk mendapatkan pensijilan halal bagi skim premis makanan menjelang 2025.


"Selain itu, Jakim juga merancang untuk meneruskan pelaksanaan program HoT di beberapa lokasi dikenalpasti bersama pihak Main dan Jain pada 2025.


"Bagi pihak kerajaan, saya amat berharap agar lebih ramai usahawan Bumiputera akan berusaha memperoleh sijil pengesahan halal Malaysia dan Insya-Allah, melalui panduan dan bimbingan dilaksanakan pelbagai agensi, segala kesukaran dihadapi pengusaha akan


dapat diatasi," katanya.


SUMBER:  – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 09:33 PM | Show all posts
oklah tu nak berniaga dekat orang islam wajib lah ada
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi kerabu berulat kirim salam
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Produk salmon skin apa sumer tu ada cop halal dak?

Beliau menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai perancangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menarik lebih ramai pengusaha Bumiputera dalam memiliki sijil halal berikutan statistik menunjukkan, 72 peratus produk yang memiliki status halal adalah milik bukan Bumiputera.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:43 AM | Show all posts
pernah tanya kat yang jual product islam bumiputera ni, dah ada halal ke belum, dia twist sampai kita la yang nak jatuhkan perniagaan islam bumiputera dia. tak jadi la nak beli. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:43 AM | Show all posts
pensijilan halal juga merangkumi semua best practices dari segi food handling, food safety etc.

jadi mmg satu soalan besar kenapa pengusaha melayu islam takde sijil halal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2024 03:51 PM | Show all posts
Edited by sharfox at 14-11-2024 03:52 PM

Mana xnya...sampai Restoran jual Bak Kut Teh pun kalau boleh orang Melayu suh apply sijil Halal demi nak menghalalkan temolok masing2. Dibiarkan je Peniaga2 Melayu xda sijil...sudahnya Produk2 Melayu ni nak export ke Saudi, ke Jepun, suma x boleh sbb xda sijil halal. Relax je geng2 yg kena maki hari2 tu supply brg2 ke sana sbb ada sijil halal Malaysia.
Patutnya pejuang2 Halal ni berjuang nak pastikan peniaga2 Melayu dpt sijil Halal drp sibuk nak suruh peniaga2 agama lain apply sijil halal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 13-11-2024 11:48 PM
Produk salmon skin apa sumer tu ada cop halal dak?

Beliau menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH ...

2 bangkai yang halal dimakan iaitu ikan di laut dan belalang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Akmal bila nak demo wajibkan perniagaan orang islam apply halal JAKIM. Yang itu dah tentulah majoriti pelanggannya islam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 14-11-2024 04:01 PM
2 bangkai yang halal dimakan iaitu ikan di laut dan belalang

Kenapa ikan tak perlu sembelih boleh dikatok kepala sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 14-11-2024 04:01 PM
2 bangkai yang halal dimakan iaitu ikan di laut dan belalang

Kaka tak paham soklan iols.. takpe la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.154602 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list