CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39966|Reply: 10

Menginap dalam hotel ‘ayam sabung gergasi’ RM338 satu malam

[Copy link]
Post time 8-11-2024 11:57 PM | Show all posts |Read mode





MANILA  –  Sebuah hotel yang mempunyai bentuk menyerupai seekor ayam jantan gergasi dibina di bandar Talisay, Tanah Tinggi Campuestohan, Filipina, lapor portal berita MSNews hari ini.


Bangunan  setinggi 34 meter, 12 meter lebar dan panjang 28 meter itu mencatat rekod dunia struktur ayam jantan terbesar.


Hotel tersebut mempunyai 15 bilik berhawa dingin dilengkapi televisyen, pancuran mandian air panas dan katil besar selesa sesuai untuk tetamu berkumpulan atau keluarga.


Ciri tambahan hotel itu termasuk kolam ombak, pilihan tempat makan yang selesa, tiga kolam renang dan beratus-ratus patung dinosaur serta kartun lain, demikian menurut  akhbar Filipina, Philstar.


Bilik untuk empat orang berharga 4,500 peso (RM338) untuk penginapan satu malam, manakala bilik yang boleh memuatkan  tujuh orang berharga 7,000 peso (RM526) semalam.


Menurut pemilik hotel, Ricardo Cano Gwapo Tan, dia mendapat inspirasi daripada aktiviti  sabung ayam yang menjadi sumber pekerjaan besar di Filipina untuk membina bangunan tersebut.


Hotel itu mengambil masa 456 hari untuk disiapkan dengan kerja pembinaan tamat pada 8 September tahun ini. – AGENSI






Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
hotel ayam ni mesti banyak “ayam” kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 10:41 AM | Show all posts
dah alang2 hotel ayam tu, buat ler bilik bertemakan reban ayam
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi cantik tau. Kudos pada pemilik boleh terfikir idea unik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha kau. Siap kena semayang, kena blessed Holy Water tau.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam tu cuma hiasan ke dia struktur bangunan hotel tu sendiri?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat tabung ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 01:24 PM | Show all posts
Tak takut runtuh ka?

Macam mana nak panjat ayam tu tak pula diceritakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-11-2024 05:24 AM
Tak takut runtuh ka?

Macam mana nak panjat ayam tu tak pula diceritakan.

Kaki ayam tu jadik tangga.

Ada 15 bilik ja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 01:47 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 9-11-2024 01:36 PM
Kaki ayam tu jadik tangga.

Ada 15 bilik ja.

Jenuh juga eh nak heret luggage, ka naik nak tidur ja.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 12:17 PM | Show all posts
lps ni byk hotel2 unik bakal dibina hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.088785 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list