CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27837|Reply: 1

Kedah pertimbang permohonan Kerajaan Persekutuan bagi milikan pulau di Sungai Muda - Sanusi

[Copy link]
Post time 8-11-2024 08:14 AM | Show all posts |Read mode





Sungai Petani: Kedah sedang mempertimbangkan permohonan Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan pemilikan sebuah pulau yang terbentuk di Sungai Muda untuk dibangunkan.


Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pulau berkeluasan 2.1 hektar itu terbentuk di kawasan baraj Sungai Muda dan dirancang dibangunkan Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM).


Jelasnya, pulau itu cukup unik dan strategik berikutan kedudukannya yang berada di sempadan sungai antara Kedah dan Pulau Pinang.


"Kita sedang mempertimbang permohonan dan melihat dari segi baik dan buruknya. Adakah kita lepaskan tanah itu kepada Kerajaan Persekutuan atau kita kekalkan milikan tanah kerajaan negeri, tetapi kita beri kebenaran untuk mereka gunakan.


"Jadi lebih baik kita buat pertimbangan yang munasabah," katanya ketika ditemui di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini, hari ini.


Muhammad Sanusi berkata, pihaknya telah melakukan lawatan ke pulau itu bagi mendapatkan gambaran jelas mengenainya selaim taklimat berhubung perkara itu juga sudah disampaikan.


"Ada dasar baru kerajaan yang tak perlu pemilikan, boleh digunakan dan tak perlu bayar cukai. Cuma bagi bajet untuk diuruskan kerana ia akan jadi aset kerajaan juga dan negeri tak boleh jual.


"Jadi kita alukan agensi terbabit untuk beri bajet kepada PLSM untuk bangunkan tanah itu. Jika mereka tak mahu bangunkan, kerajaan negeri akan bangunkan kerana ia sesuai untuk pusat pelancongan," katanya.


Sementara itu, Muhammad Sanusi turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang meluluskan peruntukan RM7 juta bagi kerja penggantian mesin angkat baraj yang rosak tahun lalu.







"Satu baraj rosak, pintu dia terbuka, tujuh lagi tak berfungsi tetapi tertutup menyebabkan paras Sungai Muda surut tiba-tiba dengan begitu mendadak menyebabkan berlaku masalah bekalan air mentah kepada Kedah dan Pulau Pinang tahun lalu.


"Berikutan itu, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) melalui PLSM telah mohon peruntukan Kerajaan Persekutuan pada masa itu dan telah buat penggantian kepada semua mesin pam dengan kos sebanyak RM7 juta," katanya.






Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk wat pelancongan perlu ditarah la jgk kn, x fhm ni pulau buatan ke, pulau sedia ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.551492 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list