View: 13850|Reply: 49
|
Pegawai polis berpangkat DSP didakwa bunuh pelajar tukar pasukan peguam
[Copy link]
|
|
IPOH: Hari pertama prosiding perbicaraan kes pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang didakwa membunuh pelajar Tingkatan Lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di sini, pada Disember tahun lalu, membuat pertukaran pasukan peguam yang mewakilinya.
Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, akan diwakili pasukan peguam baharu dengan perbicaraan kes bunuh itu di Mahkamah Tinggi yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini, ditangguhkan ke esok.
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membenarkan permohonan pasukan peguam baharu itu yang diketuai M Athimulan, bekas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman untuk menagguhkan perbicaran kepada esok.
Sebagai rekod, Mior Faridalathrash menjawat jawatan Ketua Polis Perak dari November 2020 hingga Ogos 2022.
Sebelum ini, Mohd Nazri yang pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dengan pangkat DSP diwakili pasukan peguam diketuai Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau, Lim Jin Wen, Cindy Wong dan M Kuhan.
Athimulan dan Mior Faridalathrash ketika ditemui di luar kamar mahkamah, berkata tiada alasan diberikan oleh tertuduh berhubung lantikannya memandangkan hak menukar peguam semamangnya termaktub dalam Perlembagaan.
Prosiding hari ini dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, Nasrul Hadi Abdul Ghani, V Suloshani dan Low Qin Hui.
Yang turut hadir, peguam pemerhati dilantik keluarga mangsa, Datuk Wan Azmir Wan Majid.
Terdahulu, Afzainizam berkata, pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan pasukan peguam baharu yang memohon perbicaraan kes ditangguhkan kepada esok sebelum dibenarkan oleh hakim.
"Kami sudah diberikan 30 penyataan saksi dan sejumlah dokumen tambahan yang mana ia perlu disemak dan diteliti terlebih dahulu.
"Oleh itu, kami minta supaya perbicaraan pada hari ini dilapangkan dan ditagguhkan ke esok. Kami juga baru dimaklumkam berhubung pertukaran baharu peguam tertuduh pada hari ini," katanya.
Mohd Nazri sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran SMK Jati dalam daerah Kinta, antara jam 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari, pada 15 Disember lalu.
Pada 5 September lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Mohd Nazri untuk dibebaskan dengan jaminan atas pertuduhan membunuh pelajar terbabit selepas mahkamah mendapati tiada keadaan khas dan istimewa yang dikemukakan oleh pemohon yang memerlukan pemberian jaminan diberikan.
Sebelum ini, Bhupindar menetapkan 30 hari tempoh perbicaraan bagi tuduhan kes bunuh pelajar itu dengan perbicaraan akan bermula pada 4 November iaitu hari ini sehingga 17 Januari 2025.
SUMBER: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
lengah selagi boleh.... konsep orang2 berkabel dan berduit...sampai family mangsa give up & takde duit dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
amboi porch bag
selesa kot duk dlm
|
|
|
|
|
|
|
|
pangkat dia sama mcm inspektor sheriff |
|
|
|
|
|
|
|
kalau penjara 40thn serta sebatan tu aku harap pencen dia terhapus termasuk duit2 yg lps pencen dia bakal dpt tu.. ni mustakim la sabit 302KK.. kalau sabit terus buat rayuan segala rayuan last2 penjara je.. aku ckp psl pencen tu mana la tahuuu hukuman berjalan tp pencen tak sangkut...pegawai tggi kannnn
|
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 4-11-2024 04:48 PM
pangkat dia sama mcm inspektor sheriff
Dsp lagi tinggi dari inspektor.
|
|
|
|
|
|
|
|
wah.. baru tau mior atrash dah retire jadi lawyer now? |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 4-11-2024 05:08 PM
wah.. baru tau mior atrash dah retire jadi lawyer now?
Nama dia mcm familiar dgn CEO yg dpt bonus 210 k tuh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau arwah masih ada..dia skrg kt kt matrik atau tgh buat asasi.
mayb form 6
binindia xmitk cerai ke
lakinya mcm spesis baran je
|
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia ngajo macam biasa agaknya.. Takdok sapo kenai lakinya |
|
|
|
|
|
|
|
Dh hampir lupa kes budak ini.
Huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Beringatlah yg motor bising2 sampai ganggu keamanan area T15. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap si Bini & anak baik2 shj. |
|
|
|
|
|
|
|
ini yang kes langgar / gilis remaja naik motor kan?
atas alasan bising
ingat2 lupa dah kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 4-11-2024 05:46 PM
kalau arwah masih ada..dia skrg kt kt matrik atau tgh buat asasi.
mayb form 6
binindia xmitk cerai k ...
Klau 3 bln x bayar nafkah zahir batin dh blh byr singgit kt pjbt agame mintak cerai sis..... |
|
|
|
|
|
|
|
Polis yang iring tu pasukan apa? Ke rider? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 4-11-2024 08:28 PM
Sampai sekarang ke tak tau rupa okt ni? |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 4-11-2024 05:59 PM
Dh hampir lupa kes budak ini.
Huhu.
kes farah kartini jgn lupa. polis juga |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 4-11-2024 08:22 PM
Klau 3 bln x bayar nafkah zahir batin dh blh byr singgit kt pjbt agame mintak cerai sis.....
ok..tu pun kalau bini dia nk cerai...
biasa laki panas baran disygi bini |
|
|
|
|
|
|
| |
|