CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12291|Reply: 3

‘Saya bukan anti maha kaya tapi kalau kaya bayarlah subsidi’ - Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 2-11-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi terhadap golongan berpendapatan tinggi dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini adalah sebagai inisiatif membantu golongan berpendapatan rendah.


Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar dakwaan seperti ‘Robin Hood’ dan beliau melihat tindakan itu adalah munasabah serta adil.


“Bila pembentangan di Parlimen, lebih ramai bicara pertahankan T15 daripada mereka yang berpendapatan rendah daripada itu. Saya bukan anti maha kaya tapi saya kata, kalau kaya bayarlah (subsidi).


“Saya rasa munasabah penarikan itu kerana mereka mampu dan itu bukan diskriminasi. Dengan ini, pendapatan juga bertambah dan bantu di bawah.


“Kalau kita nak jaga golongan miskin, kita mesti ada sumber yang cukup. Kita mewarisi hutang mencecah RM1.5 trilion dan kita tidak mahu cukai rakyat jadi kita cukai sedikit terhadap golongan maha kaya,” jelasnya dalam Program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) di sini, hari ini.


Katanya, Malaysia antara negara yang memberikan subsidi tertinggi dan sistem percukaian terendah di dunia.


“Kerajaan cuma mahu mereka bayar harga kos, bagi saya itu adil. Jika ada pihak yang nak jadikan isu politik, tidak adil dan tidak munasabah itu kerana melibatkan perniagaan mereka.


“Insya-Allah kita akan melaksanakan sebaiknya demi menyelamatkan rakyat dan negara ini,” tegasnya.


Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.




Sumber -KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam lah Nuar .. gaji 15k apa yang maha kaya nya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dh bayar melalui cukai ? Abistu subsidi tu duit dari mana dari siapa kalau bukan dari cukai mahakaya ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji redditor 50 ribu ringgek tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.044837 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list