View: 13335|Reply: 4
|
‘Dakwaan tutup 100 cawangan adalah palsu, hasil jualan pun semakin baik’ – Starbucks Malaysia
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini dilaporkan Starbucks Malaysia telah menutup lebih 100 cawangan disebabkan oleh kesan boikot.
Bagaimanapun Starbucks Malaysia menafikan dakwaan tersebut, petik New Straits Times — Business Time.
“Dakwaan bahawa lebih 100 kedai Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah palsu. Walaupun kami telah menghentikan operasi di beberapa kedai sahaja, kebanyakan lokasi yang dikatakan ditutup hanya ditutup buat sementara waktu,” kata wakil Starbucks Malaysia kepada Business Times.
Beliau berkata penutupan sementara itu adalah sebahagian daripada penilaian berterusan, membolehkan mereka menyelaraskan kehadiran mereka secara lebih strategik, tanpa kehilangan pekerjaan.
Dalam pada itu, Starbucks Malaysia berkata mereka melihat peningkatan positif dalam jualan mereka kerana pelanggan mereka mula menyedari bahawa dakwaan terhadap jenama itu adalah tidak benar dan bahawa Starbucks tidak pernah berada dalam senarai gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS).
Sumber – NST, The Vocket |
|
|
|
|
|
|
|
Aikkk yg beria boikot tuh dah xmampu tahan lagi ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat area klcc dh xde kan? Avenue k, four seasons & suria. |
|
|
|
|
|
|
|
Cyberjaya pun dah tutoppppp.... banyakkk lah dah tutopp |
|
|
|
|
|
|
|
Ngaku jelah apa masalah… kt KL EAST mall pn haritu tgk kt mna ntah nk tutup jugak padahal ada je org cume x ramai lh compare dgn danau kota drive thru tu..
Aeon au2 pn last day 31 oct lps, ni mmg patut tutup sbb barista asyik buat air x sedap je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|