CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46984|Reply: 2

Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil tinggalkan Selangor serta-merta

[Copy link]
Post time 30-10-2024 11:08 PM | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: Selangor FC menerima tamparan hebat apabila pengendali pasukan Nidzam Jamil memutuskan untuk meninggalkan skuad Gergasi Merah dengan serta-merta.


Situasi terbabit disahkan pengurusan Selangor FC yang menyatakan bahawa Nidzam mahu mengundur diri daripada mengendalikan pasukan itu.


"Selangor FC mengumumkan bahawa Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil telah meletakkan jawatannya, berkuatkuasa serta-merta. Beliau memohon untuk mengundur diri dari mengemudi pasukan utama Selangor FC dan pihak kelab menghormati keputusan beliau.


"Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.


"Di bawah bimbingan beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama, Selangor FC kini sedang berada di antara kelompok teratas liga, muncul naib juara Piala FA musim ini, serta menduduki tempat teratas Kumpulan H untuk saingan AFC Liga Juara-Juara Dua


"Beliau banyak memupuk semangat kompetitif di kalangan pemain, dan kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi pasukan sehingga kini.


"Tugas ketua jurulatih pasukan utama Selangor akan digalas oleh Abdi Hassan secara interim sementara kelab mengenalpasti ketua jurulatih baru.


"Selamat maju jaya dan terima kasih diucapkan kepada Nidzam atas segala sumbangan dan komitmen beliau kepada Selangor FC," dipetik dari kenyataan pihak kelab.


Mengikut rekod, Nidzam dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan itu selepas Tan Cheng Hoe meninggalkan pasukan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.




Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak g mana tu..ke JDT dah tgu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Menang dgn Korea pun resign? Kalah dgn JDT ja kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037240 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list