CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37486|Reply: 4

Dewan Rakyat: Teknologi AI dapat kurangkan rasuah – Azalina Othman

[Copy link]
Post time 23-10-2024 06:41 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) membantu mengurangkan amalan rasuah di negara ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, AI bermakna penggunaan sistem berkomputer yang mengurangkan unsur budi bicara.


“Hari ini dengan adanya AI secara tidak langsung, suka tidak suka, rasuah dapat dikurangkan sebab sistem itu lebih berkomputer.


“Tidak adanya masalah individu di belakang tabir yang membuat keputusan yang mempunyai kebolehan untuk dibuka untuk rasuah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai usaha kerajaan untuk memastikan rakyat memahami dan menyokong reformasi insitusi yang sedang dijalankan.


Terdahulu, Azalina menerangkan, undang-undang bukan penyelesaian kepada semua masalah, tetapi undang-undang yang ada dalam negara mesti berubah mengikut peredaran zaman.


Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2025 malah turut menyebut tentang AI.


Justeru, katanya, teknologi merupakan satu cara ke hadapan supaya reformasi institusi dengan undang-undang dan teknologi baharu dapat membawa perubahan kepada negara.


“Supaya negara kita boleh lihat pengurangan kepada keputusan budi bicara yang boleh menggalakkan rasuah yang boleh dibuat,” katanya.  




Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan semua semualah tukar jadi AI. Tak payah ambik gaji. Baru rasa perasaan takut tu kerja kena rampas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:14 AM | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 23-10-2024 08:36 PM
Dengan semua semualah tukar jadi AI. Tak payah ambik gaji. Baru rasa perasaan takut tu kerja kena ra ...



jika semua tukar kepada AI, penggangguran akan meningkat, rakyat tak ada gaji, kuasa membeli berkurang,
Syarikat, Pengusaha yg menggunakan AI akan lingkup, mampu menghasilkan produk yg terbaik tapi tak ada yg mampu membeli...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 24-10-2024 09:14 AM
jika semua tukar kepada AI, penggangguran akan meningkat, rakyat tak ada gaji, kuasa membeli ber ...

Betul tu!!!

Tapi kan tak jugak kan; hopes all tak tukar lah pada AI. Kerja admin or kerja siang bawang or siang ikan sapo lak nak ajarkan AI. Siapa lak nak arangekan kerja kerja rencam.
Tgk tgk merapu semua kerja tak siapa sebab tak ada control robot tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.182846 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list