View: 36046|Reply: 51
|
[Dunia]
Tupperware diisytihar bankrap
[Copy link]
|
|
Tupperware diisytihar bankrap
https://www.bharian.com.my/dunia ... -diisytihar-bankrap
Oktober 23, 2024 @ 4:33pm
Pergantungan berat Tupperware pada jualan bebas menyebabkan kemerosotan jualan yang berpanjangan dan terlepas peluang dalam pasaran dalam talian dan runcit. - Foto AFP
NEW YORK: Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular yang diisytiharkan bankrap semalam, bersetuju untuk menjual perniagaannya kepada sekumpulan pemberi pinjaman dengan harga AS$23.5 juta (RM102.1 juta) secara tunai dan lebih AS$63 juta (RM273.8 juta) dalam bentuk 'diskaun hutang'.
Ia sekali gus membatalkan rancangan syarikat itu untuk melelong asetnya secara terbuka.
Tupperware mengumumkan perjanjian terbabit sewaktu sesi pendengaran mahkamah kebankrapan di Wilmington, Delaware.
Hakim kebankrapan Amerika Syarikat (AS), Brendan Shannon, berkata beliau akan segera menjadualkan sesi pendengaran mahkamah berasingan untuk mempertimbang kelulusan penjualan aset syarikat terbabit.
Jelasnya, ia langkah terbaik mengambil kira situasi sukar dan mencabar syarikat Tupperware.
Tupperware, syarikat yang berpangkalan di Orlando, Florida, memfailkan perlindungan kebankrapan bulan lalu, dengan tanggungan hutang sebanyak AS$818 juta dan mengemukakan rancangannya untuk mencari pembali dalam tempoh 30 hari.
Bagaimanapun, terdapat satu kumpulan pemberi pinjaman kepada Tupperware yang menentang rancangan penjualan syarikat terbabit, termasuk menyuarakan keinginan untuk menuntut aset.
Dengan perjanjian baharu ini, ia akan membolehkan pemberi pinjaman membeli nama jenama dan operasi Tupperware di beberapa pasaran utama, kata peguam syarikat itu, Spencer Winters, dalam pendengaran mahkamah.
Tupperware memaklumkan mereka akan memberi tumpuan awal terhadap pasaran termasuk AS, Kanada, Mexico, Brazil, China, Kore, India dan Malaysia, disusuli pasaran lain antaranya di Eropah dan Asia lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman, dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat akan menamatkan operasi di pasaran yang mempunyai liabiliti yang tinggi.
Semasa pendengaran mahkamah minggu lalu, Tupperware berhujah bahawa pemberi pinjaman iaitu pihak membeli Tupperware dengan diskaun tinggi tidak seharusnya dibenarkan mengeluarkan pemiutang lain.
Selain itu, mereka juga dihalang daripada mendapat manfaat daripada hasil jualan.
Di pihak pemberi pinjaman yang turut berhujah dalam sesi sama berkata, lelongan yang dicadangkan oleh Tupperware akan menghalang mereka daripada menggunakan pertukaran hutang sebagai sebahagian tawaran untuk mendapatkan aset Tupperware.
Syarikat pemberi pinjaman yang kini bersedia mengambil alih Tupperware termasuk Alden Global Capital, Stonehill Institutional Partners dan Bank of America. - REUTERS
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
So lps ni tupperware dh takde ke...untung la acik2 collectors...blh jual collection lepas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uik..yg kedai2 tapawer kt Malaysia ni cemana |
|
|
|
|
|
|
|
Memang patut pon
Dah takde orang pakai tupperware dah.. semua pakai chatgpt dah srkarang |
|
|
|
|
|
|
|
saya guna tipuware je |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 23-10-2024 06:21 PM
saya guna tipuware je
tipu wey..akak mesti beli kt kedai 2 hinggit tu... |
|
|
|
|
|
|
|
harap harap amway masih bertahan, ramai yg join amway |
|
|
|
|
|
|
|
benda dapat free, buat apa beli uiii
dah pecah kang buang
|
|
|
|
|
|
|
|
Tp iols suka botol air tupperware. Dia punya spec tu 5 atau 7 so safe for reuse. |
|
|
|
|
|
|
|
baru kool fm buat party tupperware
kemain meriah
nampak rancak je org dok jual tupperware di msia ini |
|
|
|
|
|
|
|
mak iols collect tupperware sampai penuh 10 pintu kabinet iya |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 23-10-2024 07:18 PM
mak iols collect tupperware sampai penuh 10 pintu kabinet iya
Mak mertua aku pon gini la.. bersusun, berderet, bertingkat-tingkat. Pak mertua aku dah penat tegur jangan simpan, nanti dah mati x sempat nak merasa.
Aku ada beli la beberapa set tapi memang aku lenjan pakai kat rumah. Aku pelik tengok orang beli tupperware tapi tak pakai ni. Mak mertua aku pulak pelik sebab aku selamba je bagi anak & laki aku pakai tupperware isi bekal. |
|
|
|
|
|
|
|
Teperwer ni kan sebenarnya byk bg emosi.
Contoh, mak2 tuduh acik kliner rembat botol air yg tgal kat kentin.
Menantu mkn hati bila bwk lauk bila berkumjumg ke rumah mertua. Bekas lauk tu kira burn je x pulang kan.
Somi ketakutan lupa bwk balik bekas.
Mcm2 kes dgr dgn bekas makanan brand ni. Tuan punya masih setia membeli wpon boleh je guna tipuwer. Jd meols rasa taperwer ni bangkrap hasil sumpahan org2 yg guna bekas ni juga lah. |
|
|
|
|
|
|
|
mak iols guna semua tupperware dia, bukan saja2 collect, tp penuh la 10 kabinet........ ms psg kabinet 10 pintu tu 20 tahun dulu dekat 3k juga la kos nk memasangnya.... pd iols pn ad byak bekas2 tupperware mak iols bg, dia siap pesan kalau rosak ke simpan nanti dia nak pi claim yg baru dgan tupperware... selalunya penutup la buka tutup byak kali lama2 dia mcm koyak.... botol air pun smpai skrg iols bawak tupperware pi ofis walaupun tiap kali nak cuci azabbbb muncung kecik kena guna berus sental betul2
|
|
|
|
|
|
|
|
membesar dgn koleksi tupperware mak. laa ni selalu dpt hadiah tupperware dri kawan².
jarang sgt membeli. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa sedih pulak.sbb byk kenangan.takpela bukan boleh bawak mati |
|
|
|
|
|
|
|
kat sekolah, budak 'ter'tinggal botol air tupperware cikgu2 tolong simpankan, kesian kena marah dengan mak dia nanti kalu hilang botol tu. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Tupperware ni colorful sgt. Tak cun! |
|
|
|
|
|
|
|
Ok guwe nak beli.. Lantok la orang kata. |
|
|
|
|
|
|
| |
|