View: 17719|Reply: 56
|
[Tempatan]
Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
[Copy link]
|
|
Oleh BERNAMA - Oktober 18, 2024 @ 12:10am
KUALA LUMPUR: Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 November ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.
Beliau berkata cuti tambahan itu bukan sahaja bermanfaat kepada komuniti India dan memberikan kemudahan kepada mereka yang meraikannya tetapi juga memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk turut serta dan menghormati kepelbagaian budaya di negara ini.
"Deepavali adalah perayaan yang penting bagi komuniti Hindu di Malaysia dan ia masa untuk keluarga, renungan diri serta perpaduan masyarakat.
"Dengan mengisytiharkan cuti tambahan pada 1 November, kerajaan akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkumpul dan meraikannya bersama dalam suasana aman serta harmoni," katanya dalam kenyataan.
Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah
Murugiah turut merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan mempertimbangkan permintaan berkenaan demi kepentingan perpaduan nasional dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya negara.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takpayah la bkn semua company tu ada india hindu pun
Ya mmg la masa iklankan jawatan kosong tu sebut nak semua warganegara malaysia tp lepas interview tak ambil pun india.
So tak de india dlm company maka tak perlu cuti deepavali apatah lagi cuti tambahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Selaku acik gomen iols setuju 100% |
|
|
|
|
|
|
|
Pada meols sebarang cuti umum adalah dialu-alukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
baik takde langsung cuti deepavali mcm sarawak.....
ingatkan cuti kaum2 dominan di malaysia ni cuti deepavali ni semua negeri apply...rupanya sarawak x ya... |
|
|
|
|
|
|
|
Wajar juga cuti umum Deepavali dua hari berturut-turut di semua negeri dalam Malaysia sebab ia termasuk dalam hari besar. Hari Pekerja selayaknya dibuang dan dikeluarkan daripada senarai cuti umum Malaysia sebab ia tidak termasuk hari besar, sama dengan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Wanita dan Hari Guru serta seumpanya yang meraikan seseorang sehari dalam setahun. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lah bagi cuti peristiwa, alang2 deepavali hari Khamis.. most of kita yang nak balik kampung pun mmg akan amik Annual Leave hari Jumaat tu. Kemon PMX.. boleh announce petang ni masa bentangkan Budget.. Ini kali la....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah le nak gazette jd cuti tahunan. kita ni dah byk cuti lor |
|
|
|
|
|
|
|
saya dengan ini mengisytiharkan menyokong 200% sebarang cuti tambahan yang di gazetkan oleh PM untuk Malaysia sebagai cuti wajib kepada jawatan kerajaan dan juga SWASTAAA.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah 1hb tu mmg cuti pun. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju je walaupun kampeni aku takde india. |
|
|
|
|
|
|
|
Ambik le al sendiri. Itu pun xreti ke. Bukan aemua sambut deepavali ni, yg ada kematian ke apa dlm family tahun tu x sambut pun. Sek dah bg xuti oklah, mak pak appky le al. Mcm raya hari tu... |
|
|
|
|
|
|
|
setuju...
sebab hari raya puasa, dapat 2 hari...raya cina dapat 2 hari....waktu deepavali india, 1 hari jer dapat |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 yg melibatkan cuti tambahan..aku stuju |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sokong...tambah2 yg hari jumaat ... tambah je cuti..
setuju 200% |
|
|
|
|
|
|
|
cuti cuti cuti cuti cuti sahaja
nanti kata wang tade cukup gaji tade cukop
lu olang gaji tade cukop tade lajin mcm mane saya nak tolong
saya tolong olang pun mau yg rajin jangan suka suka cuti sana cuti hri ni cuti esok cuti
satu minggu cuti suka suka cuti
u olang pergi cari kerja tempat lain la
- siew lin -
- manager Da F printing - |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah...ambik je la cuti sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju.... jimat sehari cuti yang meols dah apply 1hb tu |
|
|
|
|
|
|
|
kowser lah. hari raya pun nan hado nk bg extra cuti. tibah deepabali pulak nak lelebih puihh |
|
|
|
|
|
|
|
Wpun x beraya
Dah nama nya cuti, i setujuuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|