CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27453|Reply: 5

Syarikat China rugi RM2.6 juta terpedaya urus niaga Musang King

[Copy link]
Post time 15-10-2024 10:18 PM | Show all posts |Read mode





JOHOR BAHRU: Pengurus syarikat kerugian RM2.6 juta selepas diperdaya dalam urus niaga import durian Musang King sejuk beku.


Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, mangsa warga China membuat laporan bahawa seorang suspek memperdayakannya dengan meyakinkan boleh menggunakan 'Approved Permit' (AP) milik syarikat eksport buah-buahan beralamat di Malaysia


Katanya, suspek yang juga warga China mendakwa AP syarikat terbabit perlu digunakan bagi mengimport durian Musang King sejuk beku dari negara ini memasuki China.


"Mangsa kemudian berjumpa dengan suspek di China dan bersetuju membeli sebanyak 3,840 kartun durian Musang King sejuk beku bernilai RM2.6 juta.


"ada 5 Julai lalu, transaksi pemindahan wang dilakukan ke dalam satu akaun bank milik syarikat lain yang berdaftar di Malaysia, seperti diarahkan oleh suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mengulas lanjut, Kumar berkata, mangsa dijanjikan akan menerima durian Musang King sejuk beku dalam tempoh sebulan, selepas pembayaran dilakukan, namun sehingga kini syarikat mangsa masih belum menerima produk yang dijanjikan.


"Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi gagal dan meminta rakannya di Malaysia mencari syarikat pemilik AP terbabit.


"Bagaimanapun, syarikat pemilik AP berkenaan disahkan tidak pernah berurusniaga dengan syarikat mangsa.


"Mangsa kemudiannya datang ke Malaysia untuk membuat laporan polis memandangkan akaun bank yang digunakan suspek adalah milik syarikat berdaftar di negara ini," katanya.


Kumar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420/411 Kanun Keseksaan.








Sumber : BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kita talak tipu maaaa...
kita pandai meniaga....
              
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 07:40 AM | Show all posts
hebat betul penipu warga malaysia ya
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 02:45 PM | Show all posts
duri_durians replied at 17-10-2024 07:40 AM
hebat betul penipu warga malaysia ya

Dalam artikel tu kata saspek warga China jugak, cuma guna nama company Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 07:43 AM | Show all posts
BeskotCekelat replied at 17-10-2024 02:45 PM
Dalam artikel tu kata saspek warga China jugak, cuma guna nama company Malaysia.

lah tak perasan pulak. hebat betul dia.


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kartun durian
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.311665 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list