CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24528|Reply: 2

Arab Saudi akan guna jet elektrik bawa jemaah dari Jeddah ke Mekah

[Copy link]
Post time 14-10-2024 10:53 PM | Show all posts |Read mode





RIYADH  –  Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia menukar haluan kepada sebuah  firma Jerman untuk membekalkan jet elektrik bagi laluan menuju ke resort mewah baharu dan kota suci Mekah, kata seorang pegawai.


Syarikat Jerman berpangkalan di Munich, Lilium akan membekalkan pesawat untuk laluan terus  di pesisir pantai Laut Merah dan membawa jemaah haji dari Jeddah ke Mekah yang tidak mempunyai lapangan terbang, kata pengurus komunikasi Saudia, Razan Shaker.


“Strategi kami adalah untuk membantu menghubungkan lokasi dan bandar yang tidak mempunyai lapangan terbang atau sukar untuk dituju,” katanya  dalam satu wawancara sampingan di Riyadh.


“Pelan ini termasuk membawa jemaah ke mercu tanda,  Menara Jam Diraja Fairmont Mekah, berdekatan Masjidil Haram di mana kami berusaha untuk membina tempat pendaratan helikopter(helipad),” tambahnya.


Pada Julai lalu, Saudia mengumumkan bahawa syarikat berkenaan akan membeli 50 buah pesawat elektrik berlepas menegak Lilium dengan pilihan membeli 50 buah lagi.


Saudia dijangka mula menerima jet itu dalam tahun  2026. Pesawat elektrik Lilium boleh membawa empat hingga enam penumpang dan terbang pada kelajuan 175 kilometer sejam. –AFP






Sumber – KOSMO! ONLINE.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 12:40 AM | Show all posts
Ni kalau kat Malaysia. passenger belakang acu pisau nak rompak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:27 AM | Show all posts
wow
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.650327 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list