CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24845|Reply: 5

Jasmin Hamid Kongsi Video Ceramah Ustazah Oki Senatia, Jangan Sombong Bergaji Tinggi Dari Suami – ‘Kamu Bekerja Pun Atas Izin Dia’

[Copy link]
Post time 14-10-2024 10:41 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon, Jasmin Hamid berkongsi video ceramah yang disampaikan pendakwah terkenal Indonesia, Ustazah Oki Setiana mengenai isteri yang bergaji lebih tinggi daripada suami.


Menerusi video tersebut, Ustazah Oki menjelaskan tidak salah sekiranya seseorang isteri itu mempunyai gaji yang lebih besar namun harus sentiasa mengamalkan sikap menghormati suami.


  



Tambah Ustazah Oki, adalah berdosa bagi si isteri yang mempunyai sikap sombong dan meninggi diri terhadap suami.


"Kadang-kadang Allah berikan rezekimu mungkin lebih banyak dibandingkan dengan suamimu."


"Tak ada yang salah jika gaji isteri lebih banyak daripada suami."


"Yang salah adalah ketika isteri sombong di hadapan suami, itu yang salah."


"Engkau boleh bekerja kerana izin daripada suamimu, engkau boleh melakukan aktiviti di luar kerana restu dari suami."


Menerusi perkongsian itu lagi, Ustazah Oki turut mengingatkan bahawa kekayaan dan kesenangan yang dikecapi seseorang itu tidak akan kekal lama kerana itulah kitaran hidup manusia.


"Mungkin pada saat ini, pendapat suamimu tidak sebanyak pendapat dan gajimu."


"Namun kadang-kadang ketika seseorang itu merasakan dirinya berjaya (tidak semua ya), bila dia rasa dah banyak duit, tak perlukan suami dan rasa dia lebih tinggi dari suami."


"Mungkin saat itu Allah titipkan rezeki buat kamu tetapi ingatlah roda itu berputar."


"Jadi tidak boleh bagi kita orang yang beriman untuk tinggi diri, sombong, merasakan diri lebih tinggi kedudukannya dari si suami."







Di akhir video, Ustazah Oki menitip pesanan buat para isteri untuk tidak menanam rasa sombong dalam diri dan sentiasa menghormati suami.


"Sesiapa pun diri kamu di luar, bila di dalam rumah kamu adalah makmum kepada suamimu."


"Hormati dan taatilah suamimy kerana dialah yang telah mengizinkan kamu sehingga berjaya seperti hari ini."


"Jangan pernah merasa sombong dan tetaplah hormati suamimu."


Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menegur tindakan Jasmin yang turut meletakkan gambar Fattah Amin pada hantaran tersebut.


Menjengah ke ruangan komen, netizen beranggapan tindakan Jasmin itu boleh mendatangkan fitnah sekaligus memberikan kesan buruk kepada aktres, Nur Fazura.





Sumber : Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp semua nk kena komen ade kena mengena ke chuols..fattah or faz anak kome ke..eh nyampah plak aku asek citer pasal 2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Suruh ustajah tu nasihat adik dia dulu okehhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tersakiti masing masing dgn pwincess..ada sejarah agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 01:34 AM | Show all posts
masing2 pakat nak ride isu ni...join the bandwagon. dah jd kelakar artis2 gred D bercucuran jd pakar rumahtangga.
zaman views..and ratings la katakan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah padam ke posting dia yg ni, x nampak pun kat ig dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.146731 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list