CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29241|Reply: 4

[Tempatan] Prestasi kewangan kerajaan 2023 catat lebihan hasil dan penurunan defisit - Laporan Audit

[Copy link]
Post time 14-10-2024 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Prestasi kewangan kerajaan Persekutuan 2023 catat lebihan hasil dan penurunan defisit - Laporan Audit
Oleh BERNAMA - Oktober 14, 2024 @ 10:20am



KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada 2023 dengan peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Ini menjadikan nisbah defisit negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu menurun kepada 5.0 peratus berbanding 5.5 peratus pada 2022, menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2023 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat, hari ini.

"Baki defisit Kumpulan Wang Pembangunan sejumlah RM10.217 bilion menunjukkan penurunan sejumlah RM1.734 bilion (14.5 peratus) berbanding RM11.951 bilion pada tahun 2022.

"Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan perlu memberi perhatian terhadap trend peningkatan liabiliti persekutuan yang terdiri daripada hutang persekutuan dan liabiliti kewangan yang meningkat sejumlah RM92.038 bilion (6.6 peratus) kepada RM1.492 trilion berbanding RM1.400 trilion pada tahun 2022," kata laporan itu.



Prestasi kewangan kerajaan Persekutuan 2023.


Selain itu, laporan Ketua Audit Negara itu turut mendedahkan komitmen jaminan kerajaan Persekutuan terhadap 13 syarikat meningkat sejumlah 1.5 peratus tahun-ke-tahun kepada RM3.288 bilion pada 2023 berbanding RM224.116 bilion pada 2022.

Dalam pada itu, dividen yang diterima oleh kerajaan Persekutuan menunjukkan penurunan ketara sejumlah RM9.756 bilion (17.5 peratus) berbanding sejumlah RM55.815 bilion pada tahun sebelumnya.

Berhubung pengurusan liabiliti Persekutuan, laporan tersebut menunjukkan trend peningkatan dengan nisbah liabiliti Persekutuan kepada KDNK meningkat kepada 81.8 peratus berbanding 78.0 peratus pada 2022.

Nisbah hutang Persekutuan kepada KDNK bagi 2023 pada kedudukan 64.3 peratus juga meningkat berbanding 60.2 peratus pada tahun sebelumnya manakala, nisbah statutori hutang kepada KDNK adalah 62.1 peratus pada 2023 berbanding 57.5 peratus pada 2022, menurut laporan itu.

"Jabatan Audit Negara (JAN) mengambil maklum inisiatif yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan pengurusan hutang Persekutuan yang berhemat, terutamanya menerusi pembaharuan fiskal dengan kelulusan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850] di Parlimen pada 11 Oktober 2023.

"Kerajaan Persekutuan juga mengambil langkah rasionalisasi dan konsolidasi defisit secara berperingkat dengan unjuran defisit fiskal kepada 4.3 peratus kepada KDNK pada tahun 2024," katanya.

Bagi menambah baik prestasi kewangan kerajaan Persekutuan, Ketua Audit Negara mengesyorkan beberapa perkara untuk diambil perhatian.

Ini termasuk kerajaan Persekutuan disarankan untuk meneruskan usaha meningkatkan hasil pendapatan melalui pelbagai sumber, meningkatkan tadbir urus dalam pengurusan perbelanjaan awam supaya kedudukan kewangan berada dalam keadaan lebih kukuh.

Kerajaan Persekutuan juga perlu memastikan pengurusan hutang awam yang berhemat bagi mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman baharu, menurut laporan itu. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 01:00 PM | Show all posts
Tahniah kerajaan Madani...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Swmoga dividen asb naik tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 03:43 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 14-10-2024 03:44 PM

TAHNIAH ... Inilah awal bagi kebangkitan Bangsa Melayu Mahawangsa  selaku Kuasa Alam Melayu menuju takdirnya sebagai "Single Superpower" dunia  di tahun 2025   ....... Hehehehe


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 10:58 PM | Show all posts
Welll....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.070824 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list