CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26139|Reply: 4

‘Bila Rosyam nak saman, risau sebab saya ini penakut sikit’ - Bell Ngasri

[Copy link]
Post time 14-10-2024 09:41 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan pelawak Bell Ngasri mengakui terkejut apabila melihat namanya tersenarai individu mahu disaman aktor Datuk Rosyam Nor atas dakwaan menyebar fitnah baru-baru ini.


Tampil mempertahankan diri, Bell atau Nasrizal Ngasri, 44, berkata, dia menegaskan perkara tersebut berlaku disebabkan wujud beberapa akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya dan menghasilkan konten tidak benar mengenai isu selebriti lain.


“Kecoh apabila Rosyam membuat laporan polis dan tiba-tiba ada nama saya tersenarai.


“Bila pula saya bercerita tentang hal orang? Rupanya fan page akaun palsu.


“Jadi bila Rosyam nak saman, saya jadi risau sebab saya ini penakut sikit. Terus saya jelaskan dalam Instagram dan buat klarifikasi bahawa itu bukan Facebook saya,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.


Dia juga mengakui berasa lega selepas Rosyam mengetahui perkara sebenar sebaliknya individu tidak bertanggungjawab yang mengendalikan akaun Facebook tersebut.


“Alhamdulillah rupa-rupanya dia memang dah tahu itu kerja orang lain.


“Tapi yang menggelupur saya seorang dan ramai pula guna nama artis untuk buat fan page selain hasilkan cerita mengarut yang berbaur fitnah,” ujarnya.


Dalam pada itu, dia masih tidak mengetahui tindakan atau langkah yang perlu diambil bagi membendung perkara tersebut.


Namun, Bell memberitahu pernah menegur akaun palsu yang menyebarkan cerita berunsur fitnah namun tidak mendapat sebarang respon.




“Saya bukan tak nak ambil tindakan tetapi saya tak tahu nak buat apa sebab tegurab pun sudah dibuat.


“Tapi saya tidaklah terfikir sampai nak buat laporan polis walaupun sekarang makin dipijak-pijak pula bila berdiam diri,” katanya lagi.


Terdahulu, Rosyam tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya difitnah dalam media sosial apabila dikatakan mengeluarkan kenyataan tidak benar dengan memberi nasihat kepada Fattah Amin.


Menerusi hantaran yang dibuat, Rosyam memuat naik tangkap layar akaun media sosial yang terlibat dan salah satunya ialah akaun Facebook menggunakan nama Bell Ngasri.


Namun, Bell segera tampil menjelaskan kekeliruan tersebut dengan menegaskan akaun tersebut adalah palsu dan sekadar menggunakan namanya.




Sebelum itu, seorang wanita memuat naik kenyataan berbaur fitnah kononnya Rosyam pernah menasihati Fattah sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.  




Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 01:51 PM | Show all posts
mamat ni kelakar. hahaha! iols suka.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:34 PM | Show all posts
hahahahha.... lawak la shark....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang banyak fan page fake. Hari tu I dah tegur. Khairul Amin dan Aliff Satar pun ada fn page fake tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 14-10-2024 08:52 PM
Memang banyak fan page fake. Hari tu I dah tegur. Khairul Amin dan Aliff Satar pun ada fn page fake  ...

Banyak kaka..bersepah kat fb fan page palsu..tekan2 direct ke sopi jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.511371 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list