CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27501|Reply: 6

Rakyat Taiwan percaya China tak akan serang dalam tempoh 5 tahun

[Copy link]
Post time 10-10-2024 08:32 AM | Show all posts |Read mode





TAIPEI: Kebanyakan rakyat Taiwan percaya China berkemungkinan besar tidak akan menyerang pulau itu dalam tempoh lima tahun akan datang.


Bagaimanapun, menurut tinjauan dikeluarkan oleh badan pemikir tertinggi tentera, Taiwan masih menganggap China sebagai ancaman besar kepada pulau itu yang mengamalkan demokrasi.


Sejak lima tahun lalu, tentera China meningkatkan aktiviti ketenteraannya di sekitar Taiwan dengan ketara.


Beijing melihat Taiwan sebagai wilayahnya sendiri walaupun terdapat bantahan daripada kerajaan di Taipei, manakala China tidak pernah menolak untuk menggunakan kekerasan dalam membawa pulau itu berada di bawah kawalannya.


Tinjauan pendapat ke atas 1,200 orang yang dilakukan September lalu oleh Institut Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Negara (INDSR), mendapati sebanyak 61 peratus individu berpendapat bahawa "tidak mungkin atau sangat tidak mungkin" China akan menyerang Taiwan dalam tempoh lima tahun akan datang.


"Kebanyakan orang tidak berfikir bahawa cita-cita wilayah China akan terwujud dalam bentuk serangan terhadap Taiwan," kata penyelidik INDSR, Christina Chen.


Beliau juga menyatakan, rakyat Taiwan turut bimbang mengenai ancaman lain dari China, termasuk latihan ketenteraan dan kempen propaganda.


Chen menambah, kebanyakan orang melihat cita-cita wilayah China sebagai ancaman serius.


Tinjauan itu menunjukkan, perbezaan berbanding amaran oleh ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan pada tahun 2023 bahawa Presiden China Xi Jinping mengarahkan tenteranya bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas Taiwan menjelang 2027.


"Itu bermakna rakyat Taiwan sedar akan ancaman berkenaan, tetapi kekal tenang dan rasional dengan jangkaan bahawa peperangan tidak akan berlaku dalam masa terdekat," kata INDSR.


Lebih daripada 67 peratus responden tinjauan menyatakan bahawa mereka akan melawan jika China menyerang, tetapi pandangan mereka terbahagi hampir sama rata sama ada angkatan tentera Taiwan mampu mempertahankan pulau itu, dengan separuh yakin dan sebahagiannya lagi tidak yakin.


Tinjauan itu juga menunjukkan perbezaan pendapat mengenai sama ada AS akan membantu mempertahankan Taiwan.


Kira-kira 74 peratus percaya bahawa kerajaan AS berkemungkinan membantu Taiwan secara "tidak langsung" dengan menyediakan makanan, bekalan perubatan dan senjata, tetapi hanya 52 peratus berpendapat bahawa tentera AS akan menghantar angkatan bersenjata mereka untuk campur tangan, menurut tinjauan itu.


Sumber – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Taufan hurricane lalu lalang bukan lokasi bagus utk direbut
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 02:51 AM | Show all posts
Sekarang ada masa utk serang China....serang je la.
lepas 5 tahun angkatan China dah besar buat apa serang
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 10-10-2024 03:51 PM
gigahertz replied at 10-10-2024 10:51 AM
Sekarang ada masa utk serang China....serang je la.
lepas 5 tahun angkatan China dah besar buat apa  ...


Bila pula taiwan kata mahu serang china?...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 02:09 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 10-10-2024 11:49 PM
Bila pula taiwan kata mahu serang china?...

Baik taiwan serang china sekarang.selepas 5 tahun China unstopable
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 10-10-2024 10:09 PM
Baik taiwan serang china sekarang.selepas 5 tahun China unstopable

Taiwan tidak ingin buat land expansion ke china... But china mahu taiwan... If taiwan serang china... Depa same gila seperti ko...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 03:41 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 11-10-2024 06:49 AM
Taiwan tidak ingin buat land expansion ke china... But china mahu taiwan... If taiwan serang china ...

Taiwan tak perlu tawan seluruh China. Dapat shenzhen & beijing dah mencukupi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.376873 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list