CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40385|Reply: 4

AS$120 juta dikreditkan ke dalam akaun saya bukan daripada pendapatan peribadi - Najib

[Copy link]
Post time 9-10-2024 11:25 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa AS$120 juta yang dikreditkan ke dalam akaun bank beliau melalui tiga transaksi bukanlah pendapatan peribadinya.


Bekas Perdana Menteri berusia 71 tahun itu juga berkata wang itu bukan berasal daripada dana SRC International Sdn Bhd atau Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).


Najib, selaku defendan pertama, berkata demikian ketika disoal oleh peguam SRC International iaitu Datuk Lim Chee Wee pada perbicaraan kes saman syarikat itu sebanyak AS$1.18 bilion terhadap beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil, yang masih bebas.


Lim: Datuk Seri, jom kira gaji tahunan anda berdasarkan jumlah paling tinggi, katakanlah RM1 juta… tetapi wang sebanyak AS$120 juta telah dikreditkan ke dalam akaun peribadi anda. Itu (AS$120 juta) bukanlah daripada sumber pendapatan peribadi anda, betul kan? Najib menjawab, "Saya tidak pernah kata begitu."


Lim: Saya perlu tanya kerana anda tidak pernah menyentuh mengenai perkara ini di mahkamah.


Najib berkata berdasarkan dokumen yang dikaji dan dianalisis oleh pasukan pembelaannya, dapat disimpulkan bahawa AS$120 juta itu bukan berasal daripada dana SRC International atau KWAP namun beliau menyerahkan perkara itu kepada mereka untuk dihujahkan kerana aliran wang tersebut adalah kompleks.


Kepada soalan sama ada beliau mengarahkan pihak polis, Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat akaun SRC International yang dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland, Najib berkata "Tiada arahan berkaitan akaun terbabit tetapi saya memaklumkan pihak pengurusan syarikat agar berusaha mendapatkan kembali wang itu."


Ditanya sama ada beliau meminta pihak berkuasa terbabit memberikan laporan (mengenai siasatan berkaitan akaun yang dibekukan), Najib berkata "Saya menjangkakan mereka akan berbuat demikian kerana adalah penting untuk mereka berbuat demikian."


Pada Mei 2021, SRC International di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa serta memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana itu.


Sebelum ini, SRC International menggugurkan lima pengarahnya daripada saman itu dan mengekalkan Najib sebagai defendan tunggal.


Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Najib untuk mengeluarkan notis pihak ketiga terhadap mereka.


SRC International memohon deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab atas kerugian yang dialami olehnya akibat pelanggaran tugas dan amanah beliau serta menuntut bekas Perdana Menteri itu membayar pampasan RM42 juta bagi kerugian itu.


Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
I want 1 billion...please...[em:9:] eeeh gurau saja..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai dah mula sedar najib bukanlah mastermind dan takde niat nak songlap duit 1mdb

Ramai dah sedar dah

Tapi malu nak ngaku

Yela, dah hampir 10 tahun jaja fitnah najib songlap, mana la nak ngaku
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 04:18 PM | Show all posts
Dia pulangkan tak duit rm120juta tu balik?..Mana pergi duit tu?

Nak juga tau kenapa wang banyak tu masuk akaun peribadi dia?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpene at 10-10-2024 08:45 PM

'Aliran wang adalah kompleks' tu normal le utk proses cuci wang haram Dato Seri, jgn buat2 bodoh & pusing sana pusing sini....mereput le ko dlm jel tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035527 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list