CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31820|Reply: 0

Anwar Ibrahim Dinobat Pemimpin, Ahli Politik Islam Ke-9 Paling Berpengaruh Dunia

[Copy link]
Post time 9-10-2024 03:15 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menaiki dua anak tangga sekali gus menempatkan diri di tangga ke-9 dalam senarai Pemimpin dan Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh di dunia.


Perkara tersebut dilaporkan dalam edisi terbaru The Muslim 500: The World’s 500 most influential Muslim 2025 yang menyenaraikan individu-individu muslim yang berpengaruh di seluruh dunia.







Untuk rekod, Anwar berada di tangga ke-22 pada Disember 2022 sebelum menaikkan kedudukannya ke tangga ke-11 dalam senarai yang dikeluarkan tahun lepas.


Turut tersenarai dalam carta Top 25 bagi kategori yang sama ialah Presiden Indonesia dipilih dan juga Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto di tangga ke-10 manakala Presiden Indonesia, Joko Widodo berada di tangga ke-23.




Kategori Pemimpin dan Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh itu merupakan satu daripada tiga kategori ‘Honourable Mentions’ dan berada dalam senarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia bagi edisi 2025 ini.


Bukan itu sahaja, Anwar juga menaiki dua tangga sekali gus meletakkan diri beliau di kedudukan ke-15 dalam kategori individu muslim paling berpengaruh dalam dunia.


Selain itu, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berjaya menduduki senarai 500 individu muslim berpengaruh dalam kategori Ahli Politik Muslim diikuti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Juga tersenarai ialah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang (kategori Pendakwah) dan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha (kategori Sains dan Teknologi).


Bagi kategori Seni dan Budaya, turut tersenarai penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun dan penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.


Menurut risalah The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi ke-16, terdapat kira-kira 2.1 bilion penganut agama Islam di seluruh dunia buat masa ini.


Penerbitan risalah secara tahunan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pengaruh yang dimiliki oleh individu beragama Islam, sama ada terhadap dunia Islam atau komuniti global.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.204050 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list