View: 14688|Reply: 9
|
Sanggup tipu polis buat report palsu, takut bini marah duit berjumlah RM850 hilang
[Copy link]
|
|
KOTA SAMARAHAN – Seorang lelaki sanggup membuat laporan palsu gara-gara takut dimarahi isteri kerana wang wanita itu berjumlah RM850 hilang.
Perbuatan suspek berusia 25 tahun itu memakan diri apabila dia diberkas pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, suspek membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan pada pukul 8.22 malam semalam mendakwa dia disamun dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 dan Honda Wave.
Suspek mendakwa dia mengalami kecederaan selepas dilibas kerambit sehingga kehilangan wang tunai RM850. Tiga bungkusan milik pelanggan dan telefon bimbit Redmi Note 9 berwarna biru turut dilarikan dalam kejadian di Kampung Tanjung Bundong itu.
Walau bagaimanapun, hasil soal siasat pihak polis mendapati kejadian jenayah samun itu sebenarnya tidak berlaku.
“Suspek mengaku membuat laporan palsu kerana wang isterinya RM850 hilang semasa tidur di tempat letak kereta di Bandar Riyal. Dia berbuat demikian bagi mengelak dimarahi wanita itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jaimi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Brader ni tapenah baca sokkabar gamaknye.
Ntah brapa byk kes tkantoi wat repot pelesu.
Pulis kita bukan buduh sgt yer. |
|
|
|
|
|
|
|
entah2 duit tu x ilang pon..ko guna buat beli benda lain |
|
|
|
|
|
|
|
entah2 duit tu x ilang pon..dia guna buat beli benda lain |
|
|
|
|
|
|
|
jgn memandai salahkan bini....buruk padahnya kejutkan harimau yg sedang tidur |
|
|
|
|
|
|
|
takut bini |
|
|
|
|
|
|
|
Alah ckp jerla tercicir kat polis...tapi nk buat report sbb nk buat lesen ic semua...dah ada report..bini pun caya...yg beria buat cerita kena samun dah kenapa.. adoii la kan dh mendapat |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi tak memasal je
bini sebenarnya bleh terima je duit tu hilang
Asalkan jangan menipu
Perempuan ni tak suka laki menipu dan curang je
Yg lelain dorang ok jelaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Including x suka kat cigars & vapes
|
|
|
|
|
|
|
| |
|