CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12747|Reply: 71

[Tempatan] Penjawat awam berisko alami tekanan jiwa

[Copy link]
Post time 2-10-2024 08:43 AM | Show all posts |Read mode

KUCHING – Lebih 40,000 penjawat awam di negara ini berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi yang memerlukan intervensi segera bagi mengelakkan daripada menghidapi kecelaruan mental, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.


Beliau berkata, hal ini berdasarkan kajian yang dibuat melalui Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) yang diwujudkan sejak 1 Mac lepas sebagai antara inisiatif terkini kerajaan untuk meningkatkan program pencegahan tingkah laku berisiko.


“Ia (kajian) melibatkan hampir satu juta penjawat awam yang telah berjaya melengkapkan profil MyPsyD itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Psikologi 2024 (ICOPW2024), di sini, hari ini.


Wan Ahmad Dahlan berkata, profil MyPsyD ini penting kerana ia bertindak sebagai indikator individu dan organisasi supaya lebih cakna dalam merangka strategi melalui pembangunan kendiri, pencegahan dan intervensi bagi melestarikan kesejahteraan pegawai awam dan kekal berhemah dalam memberikan perkhidmatan.


Selain itu katanya, keputusan kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) yang dijalankan dalam perkhidmatan awam menunjukkan bahawa kesejahteraan psikologi penjawat awam masih lagi pada tahap sederhana.


Wan Ahmad Dahlan berkata, keutamaan terhadap kesihatan mental sememangnya menjadi agenda kerajaan dalam memastikan mental dan fizikal yang sihat, seterusnya menyokong kepada peningkatan produktiviti penjawat awam ke tahap optimum.


Beliau berkata, hal ini seiring dengan hasrat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar untuk mewujudkan Garis Panduan Pembudayaan Keseronokan Bekerja Perkhidmatan Awam selaras dengan Budaya Keseronokan Bekerja sebagai Strategi Keberhasilan Reformasi 4 (SKR4) dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024-2030.


“Keseronokan di tempat kerja akan membantu pekerja melakukan tugas mereka dengan cekap dan seterusnya meningkatkan prestasi organisasi,” katanya.


Beliau berkata, ICOPW2024 diharap dapat menjadi platform terbaik bagi penjawat awam dan rakyat dalam menyokong agenda Rancangan Malaysia Ke-12, Rukun MADANI dan Ekonomi MADANI untuk membina kesejahteraan serta mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 3: Kesihatan dan Kesejahteraan Baik.


MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 08:49 AM | Show all posts
boleh dah pakat2 resign, apply swasta plak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:06 AM | Show all posts
apakah sebab-sebab yang menyumbang penyakit psikologi tu?

Cuba try tengok kerja swasta pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:11 AM | Show all posts
Masuk swasta lagi sakit jiwa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:03 AM | Show all posts
Manjang bertoksik

(Berlumba hidup keta mahal,enfon berjenama, tudung, baju bla bla bla oberlap loan sampai santak)

keje tak jln
Kpi tak capai  

Hujung2 mental
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
nsb kt tmpt keja i xde toxic sgt tahap nk bertanding...
kalau blh nk pakai baju tdo je masuk ofis hehe..
tp i dgr kwn i punya ofis stress sbb acik acik semua bertanding..tdg jenama ap..baju jenama apa..henbeg mhl2..kena sentiasa shopping mcmtu semata bertanding sapa terpaling..gila la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2024 10:20 AM | Show all posts
tempat kerja bertoxic, penuh tekanan, orang atas mcm org gila, etc

sektor swasta lagi la, sampai rabak jubo bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:20 AM | Show all posts
kwn aku dulu mmg depress hadap bos dia.. sbb bos dia mcm Abg Sally Upin Ipin suke masuk campur semua urusan dkt stesen itu... sampaikan DJ radio cite psl tazkirah, dia tuduh DJ mengata dia & pegi jmp DJ tu...

ramai yg depress sbb bos dia ni, tp tak blh buat aduan dkt SISPAA tu sbb kt situ ada kwn2 bos dia ni... so ada sorang tu pegi ngadu direct dkt Bos Besar... nasib Bos Besar bukan jenis suke dikipas... dia tukarkan bos sally ni ke negeri lain tp bos sally ni pegi jumpa CM konon2 dpt la CM bekap beliau...

Bos besar tu tahu je dia guna cable, maka lagi dipercepatkan urusan pertukaran dia ke negeri lain itu... hahhahaha

kawan aku tu coach silat olahraga, aku risau juga dia belasah bos dia tu bile dia hlg pertimbangan nnt..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu nurse doc polis cg askar possible la kot

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:08 AM | Show all posts
shida81 replied at 2-10-2024 10:21 AM
Klu nurse doc polis cg askar possible la kot

depression blh jd kt sape2 jgk
bukan kira latar belakang keje je



Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 2-10-2024 11:08 AM
depression blh jd kt sape2 jgk
bukan kira latar belakang keje je

Kite cite psl gomen sector.. Yg kn handle manusia yg mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:51 AM | Show all posts
shida81 replied at 2-10-2024 11:40 AM
Kite cite psl gomen sector.. Yg kn handle manusia yg mcm2

betul la iol ckp
depress bkn kira ko keje ape pun


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:08 PM | Show all posts
takpe, kalo dah gile boleh buang...amik budak baru..  byk lg yg nak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:17 PM | Show all posts
Tekanan jiwa pasal kerja banyak ke kpi tak logik ke atau pasal hal luar? Kalau counter ada  10 bukak 2 je, pukul 9.00 breakfast, itu mengada-ngada namanya. Bagi la kerja tu pada orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:22 PM | Show all posts
silance replied at 2-10-2024 12:17 PM
Tekanan jiwa pasal kerja banyak ke kpi tak logik ke atau pasal hal luar? Kalau counter ada  10 bukak ...

Tak habis-habis dengan kaunter. Muka penjawat awam ni muka kaunter ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 2-10-2024 10:20 AM
tempat kerja bertoxic, penuh tekanan, orang atas mcm org gila, etc

sektor swasta lagi la, sampai ra ...

Ipan keje apa sampai rabak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
epysha replied at 2-10-2024 12:08 PM
takpe, kalo dah gile boleh buang...amik budak baru..  byk lg yg nak

Masalahnya tak buang2...MiA mcm tu je alasan depressed.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 01:14 PM | Show all posts
Edited by fish at 2-10-2024 01:21 PM

kenapa byk ckp swasta lg stress?
mcm la org kjaan ni habis belajar saja terus masuk kjaan semua.
aku pun dr swasta dulu, rasa lg relax kat swasta bbanding kjaan ni.

Baru2 ni ada sorg staff sini, umur dah 35 mcmtu, ada master tgh siapkan phd. bygkan berapa lama dah dia kerja swasta. masuk kjaan ni tak sampai setahun pun, tak sempat confirm dah resign. stress katanya dan mmg dok mengadu kat aku mcm2. kami dlm construction field ni.

skrg aman2 dah jd suri rmh sepenuh masa sambil habiskan phd dia sambil2 nak apply swasta semula. last dulu dia kerja bank, kena mengena dgn construction jg la, dok bg pinjaman kat kontraktor, keluarkan bond, guarantee, mcmtu la.
masuk kjaan kena jaga projek la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 01:24 PM | Show all posts
aikkkk kaunter 10, bukak 2 je pun boleh sakit jiwaaa?

kohhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 01:25 PM | Show all posts
venom1 replied at 2-10-2024 12:22 PM
Tak habis-habis dengan kaunter. Muka penjawat awam ni muka kaunter ke?

maskot la kiranya

bangga acik gomen jaga counter
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056320 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list