View: 34526|Reply: 1
|
Mayat lelaki disambar buaya ketika periksa pukat ditemui
[Copy link]
|
|
KUCHING: Mayat lelaki yang hilang ketika memeriksa pukat yang dipasangnya di tebing sungai di Batu 4, Kuala Baram, di Miri, semalam ditemui terapung, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mayat Minggu anak Ikum, 59, ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 1.45 tengah hari tadi.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di lokasi kira-kira empat kilometer dari pukat yang dipasangnya.
“Mayat mangsa ditemukan terapung dan dalam keadaan tidak sempurna disyaki dibaham buaya.
“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mangsa dikatakan turun ke tebing sungai petang semalam, namun tidak kembali ke rumah sehingga jam 5 petang.
Berikutan itu, anaknya memeriksa di lokasi mangsa memasang pukat, selepas cubaan menghubungi telefon bimbit mangsa sebelum itu gagal.
Bagaimanapun, anak mangsa hanya menemui barang milik mangsa di tebing sungai.
“Pukat milik mangsa juga didapati koyak dan kesan buaya ditemui di tebing sungai,” katanya.
Berikutan itu, anak mangsa memaklumkan kepada penduduk kampung dan mereka mula mencari di kawasan sekitar.
Selepas gagal mengesannya, anak mangsa membuat laporan polis sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi pada jam 5.55 petang.
Sumber - Buletin TV3 |
|
|
|
|
|
|
| |
|