CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35582|Reply: 10

Amang seksual murid 10 tahun: Bekas guru bahasa Arab kekal dipenjara 9 tahun, 2 sebatan

[Copy link]
Post time 23-9-2024 06:34 PM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA: Seorang bekas guru Bahasa Arab di sebuah sekolah rendah kekal dipenjara sembilan tahun dengan dua sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berumur 10 tahun, enam tahun lepas.


Ia selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak rayuan akhir Mohd Shahril Shaffie, 38, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 2020.


Hakim Ahmad Zaidi dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah mendapati rayuan perayu tidak mempunyai merit dan tiada kekhilafan oleh hakim bicara (Mahkamah Sesyen) dalam menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan terhadap perayu serta hukuman itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari 2023.


Ahmad Zaidi berkata mahkamah juga tidak bersetuju dengan peguam perayu bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara adalah terlalu tinggi.


“Dalam kes ini, perayu ialah tenaga pengajar yang diamanahkan untuk membimbing kanak-kanak tetapi telah menyalahgunakan kedudukannya sehingga menyebabkan mangsa mengalami trauma dan nama baik sekolah turut terjejas akibat tindakan perayu.


“Kesalahan dilakukan perayu adalah serius. Oleh itu, rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman ditolak,” kata Ahmad Zaidi yang turut memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.


Turut bersidang Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azmi Ariffin dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin.


Mohd Shahril didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki itu antara pukul 12.15 hingga 12.45 tengah hari pada 22 November 2018 di rumahnya (tertuduh) di Subang Bestari, Shah Alam, mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Pada 30 September 2020, Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Yong Zarida Sazali turut mengarahkan Mohd Shahril mengikuti khidmat kaunseling pemulihan selama lapan tahun dan berada dalam pengawasan polis untuk tiga tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Aizuddin Masrom berhujah bahawa mangsa trauma dengan kejadian yang berlaku terhadapnya dan kesan trauma itu turut dialami ibu bapa mangsa.


“Ibu dan bapa mangsa dalam keterangan mereka menyatakan mangsa dibawa berjumpa dengan pakar kaunseling untuk memulihkan kesan trauma pada anak kecil yang ketika itu berusia 10 tahun lapan bulan akibat kejadian tersebut.


“Bapa mangsa dalam keterangannya di mahkamah berkata beliau tidak menyangka seorang ustaz yang mengajar anaknya telah melakukan perbuatan sedemikian dan ibu mangsa pula menyatakan sekolah yang sepatutnya menjadi tempat selamat kini ialah tempat yang tidak selamat untuk anak-anak,” kata Mohamad Arif yang turut memohon agar rayuan perayu ditolak.


Peguam Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin yang mewakili Mohd Shahril pula berkata anak guamnya telah insaf dan memohon agar mahkamah memberikan peluang kedua untuk dia kembali berbakti kepada anak bangsa.


“Anak guam saya seorang duda dan mempunyai tanggungan ibu bapa, masing-masing berusia 63 dan 65 tahun selain perayu turut mengalami masalah gelincir cakera (slip disc),” kata peguam itu.


Sumber - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka
Slipped disc masuk jail
Tak padan sakit tu..ko buat plak kat budak
Ngok
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Golongan penunggang agama la paling jijikss.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga lunyai bontot haramjadah ni. Aku harap luka dia kena infection level mengigil2 keluar peluh jantan sampai dia merayu2 tuhan cabut nyawa dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sian budk tu sampai kena kaunseling, moga baik2 aje budk tu membesar ni.. kepada si pelaku, ko. mmg setan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 08:34 PM | Show all posts
Cepatlah ko dikambus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dh jatuh hukum siap kena kaunseling lagi, ingat hakim mudah2 je nk percaya yg tertuduh dah insaf?.. ni semua penyakit yg perlu diubati..kalau blh jgn bg keluar penjara pun..dok la mereput kt dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 01:05 AM | Show all posts
Olumis: Golongan penunggang agama la paling jijikss.

punya lah banyak rumah urut luar sana budak budak jugak di kacaunya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 07:40 PM | Show all posts
Iols harap lepas ni saman sekali pentadbir sekolah sebab selalunya kes macam ni open secret
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 08:14 PM | Show all posts
Knp eh suka betul golongan serban ni meliwat. Da takde keja lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 24-9-2024 08:14 PM
Knp eh suka betul golongan serban ni meliwat. Da takde keja lain ke

Akak jua wonder kenapa yach sissy? Dah macam sinonim lebai je mesti liwat sissy. Sampaikan sorang ahlul ugamawan sekor kat opis akak ni pun akak dah syak wasangka heols gay gamaknya sebab heols jua duda yang dah lama tak kawin2 semula sissy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.074923 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list