|
Johor Bahru: Polis sedang mengesan lelaki, disyaki melakukan khianat dengan memukul pintu bahagian penumpang kereta di Jalan Masai Lama di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, suspek bertindak agresif menggunakan kayu dan pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berusia 23 tahun.
"Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes di siasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
"ihak polis masih giat mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Norhidy Usin Abdullah di talian 013-7735711.
Sumber : Harian Metro |
|