View: 27346|Reply: 7
|
Cuba baju pengantin kemudian terlekat bau badan, butik paksa wanita bayar ganti rugi RM1,218
[Copy link]
|
|
BEIJING – Seorang wanita di China terpaksa membayar ganti rugi selepas bau badannya melekat pada gaun pengantin yang dicuba di sebuah butik, lapor laman berita M Today kelmarin.
Menurut catatan di media sosial, wanita tersebut berkata, dia dan tunangnya merancang untuk berkahwin pada tahun depan.
Justeru, mereka pergi mencari gaun pengantin di sebuah butik terkenal.
Wanita itu kemudian memilih dua pasang gaun dan dia cuba untuk memakainya.
Selepas mencuba, wanita berkenaan merasakan ia tidak sesuai untuknya sebelum dia membuat keputusan untuk meninggalkan kedai tersebut.
Bagaimanapun, dia dihalang oleh salah seorang pembantu dan pemilik butik berkenaan yang mendakwa bahawa pakaian tersebut rosak kerana bau badannya.
Pertengkaran kemudian berlaku sehingga polis terpaksa masuk campur.
Akhirnya, wanita itu membayar butik tersebut sebanyak 2,000 yuan (RM1,218) sebagai ganti rugi. – AGENSI
Sumber -KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
dah berapa lama tak mandi ni |
|
|
|
|
|
|
|
uikk, sampai melekat tu bau ..dasyat |
|
|
|
|
|
|
|
tak reti pakai deodarant ke? |
|
|
|
|
|
|
|
haha soalan same weh terpancul di mindaku...pemalas btol nak mandi puak2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
tak mandi pagi ke sheols? tapi leluhur ni bangga kononnya tak mandi pun badan tak berbau |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bau pekat punya sampai melekat |
|
|
|
|
|
|
| |
|