View: 76090|Reply: 27
|
[Tempatan]
Mahkamah Agung Belanda tolak rayuan pihak Sulu, kemenangan mutlak buat Malaysia
[Copy link]
|
|
NASIONAL
Mahkamah Agung Belanda tolak rayuan pihak Sulu, kemenangan mutlak buat Malaysia
September 6, 2024 @ 9:28pm
Oleh Essa Abu Yamin
[email protected]
Datuk Seri Azalina Othman Said. - NSTP/ASYRAF HAMZAH
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh kemenangan akhir yang penting hari ini apabila Mahkamah Agung Belanda menolak rayuan difailkan pihak Sulu terhadap Malaysia.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata keputusan Mahkamah Agung Belanda itu sekali gus menamatkan cubaan pihak yang menuntut itu untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah mereka terhadap Malaysia di Belanda.
"Keputusan luar biasa Mahkamah Agung Belanda ini menyokong keputusan dibuat Mahkamah Rayuan The Hague pada 27 Jun 2023.
"(Keputusan dibuat Mahkamah Rayuan The Hague) mengangkat usaha Malaysia mencabar permohonan pihak yang menuntut itu di Belanda bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan 'Final Award' diberikan Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022," katanya melalui muat naik di Facebook, hari ini.
Melalui Final Award itu, Stampa selaku penimbang tara Sepanyol yang secara kontroversi mengarahkan Malaysia membayar AS$14.92 bilion (RM70.19 bilion) kepada pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Lapan warga Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu juga dilaporkan cuba menyita aset syarikat minyak negara Petronas di Luxembourg dan Belanda, selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Stampa didapati bersalah kerana menghina mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan.
Mahkamah Sepanyol melarang Stampa daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.
Malaysia memfailkan aduan terhadap Stampa bersama-sama Pendakwa Raya Sepanyol atas alasan beliau menghina mahkamah apabila berulang kali mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Sepanyol dan meneruskan tindakannya berhubung Award Akhir di negara lain.
https://www.bharian.com.my/berit ... lak#google_vignette |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Syabas Malaysia
Lapan warga Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu juga dilaporkan cuba menyita aset syarikat minyak negara Petronas di Luxembourg dan Belanda, selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis.
semoga kerajaan Msia tangkap dan dakwa 8 ekor pinoy scammer nih, dan jatuhkan hukuman mati |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah ds azalina
Aku suka dia ni
Wlpn dia pompuan
Tp nmpk lg pandai buat keje
Berbanding menteri2 lain |
|
|
|
|
|
|
|
ni yg aku pahamla pasal kes ni
1. kalau ikutkan dulu mmg ada perjanjian yg dibuat oleh British dgn pihak Sulu ni, konon menyewa Sabah la masa tu
2. Selepas merdeka kerajaan Malaysia still honor the agreement so tiap2 tahun kerajaan akan bayar saguhati kt kerajaan Sulu ni, tapi tak byk la aku rasa samada tak smpi rm10k kot
3. Skali tu Sulu ni gi serang jugak Malaysia. Terjadilah Tragedi Lahad Datu tahun 2013 masa tu
4. Opkos la lepas tu kerajaan Malaysia taknak dah bayar saguhati tu
5. Masa nilah geng Sulu tuduh Malaysia mungkir penjanjian tu dan diorg tuntut la balik Sabah atau pampasan senilai dgn Sabah
6. Setau aku masa Najib masih PM mmg Najib tak layan pun permintaan Sulu tu
7. Tup tup masuk kerajaan baru, lantik plak AG baru si Tommy Thomas tu, tak silap aku beliau selaku wakil kerajaan ada balas balik kot surat dari Sulu tapi dalam surat tu ada ayat We are sorry.
8. Based on ayat tu la wakil Sulu ni gunakan sebagai basis yang Malaysia ngaku diorang ada buat silap mungkir penjanjian tu, dan kalau ikutkan mmg geng Sulu menang masa 1st trial. Tu yg ada cubaan nak sita aset Malaysia kt oversea tu tapi tak berjaya sbb rupa2nya aset tu dah kene jual.
9. Habis kerajaan 22 bulan, tukar kerajaan tukar AG barulah Malaysia ada buat bantahan dan kita menang bantahan tu la ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 10-9-2024 09:37 AM
ni yg aku pahamla pasal kes ni
1. kalau ikutkan dulu mmg ada perjanjian yg dibuat oleh British dgn ...
Sama la pemahaman kita |
|
|
|
|
|
|
|
benarlah tindakan najib untuk henti bayaran kepada sulu aritu
satu persatu kebenaran muncul jua akhirnya ahgitchew
|
|
|
|
|
|
|
|
letops sis azalina kita iya |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 10-9-2024 11:41 AM
letops sis azalina kita iya
letops bro aza lah |
|
|
|
|
|
|
|
apa beza kes ni dgn kes pewaris tanah kat jalan duta tu?
sebab apa yang jalan duta tu kita x bole ketepikan? |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 ada cubaan nak makan persen
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkan la berita harian punya writeup bahasa cacamarba camtu sekali. Serabut |
|
|
|
|
|
|
|
Ni orang brunei sendiri cakap... dulu dia ada fb, siap tunjuk perjanjian british dengan brunei
Sulu menuntut sabah tiada asas... sultan brunei offer sebahagian sabah kepada sulu jika menolong mereka menentang lanun, tapi sulu tak tolong pun.... jadi offer terbatal, tetapi sulu claim claim sebahagian wilayah itu dah kepunyaan dia... kerja dia claim claim claim sahaja
jadi disebabkan masa pemerintahan british tak mau kena ganggu dengan sulu maka mereka buat perjanjian... satu lagi cuba minta dengan sulu perjanjian tersebut, mereka akan tunjuk perjanjian britis dengan brunei...
dari awal memang silap bayar kpd sulu sebab tiada asas sebahagian wilayah itu kepunyaan mereka melainkan claim claim claim....
kerajaan sulu sudah hancur, rakyat sulu dulu sudah jadi rakyat filipina mcm mana dia nak tuntut sedangkan kewujudan kerajaan sulu itu pun hanya pada nama...
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah
dh selesai pun akhirnya
sape ke yg duk ulang pm for azalina
maybe ni blh jd point utama utk up sheols
|
|
|
|
|
|
|
|
Tommy tomato yang diorang cakap kompeten punya angkara. Takde surat dari dia, takde la huru hara camni. |
|
|
|
|
|
|
|
I don't know why we should fight for this.
This is really absurd.
Yang claimed Sabah ni dulu Brunei punya pun very der...
Perjanjian main cakap. Tadak hitam putih. Bukti berperang rebut kawasan headhunters di pedalaman Borneo dulu pun tadak. Ujung2 claim tu tanah dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|