View: 38529|Reply: 8
|
Bukan komando, tetapi pasukan Rela Marksman Team
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Pada perarakan Hari Kemederkaan di Dataran Putrajaya, Sabtu lalu, ada segelintir netizen mempersoalkan tentang pakaian dan kelengkapan yang dikenakan pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Ini kerana pegawai Rela yang menyertai perarakan itu telah mengenakan pakaian umpama pasukan khas tentera lengkap bersenjata dan memakai topeng serta berkaca mata hitam.
Bagaimanapun, Rela menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya memaklumkan bahawa pegawai yang menyertai perarakan itu adalah terdiri daripada pasukan Rela Marksman Team atau lebih dikenali sebagai (RMT).
Jelas Rela, pasukan terbabit terdiri daripada Pegawai Rela seluruh Malaysia yang berkepakaran dalam pengendalian senjata api di jabatan berkenaan.
“RMT melahirkan pegawai dan anggota yang mahir dan cekap dalam penggunaan senjata api serta dapat menembak dengan tepat.
“Pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, pasukan ini telah menghantar pegawai seramai 31 orang yang diketuai oleh PPjR Henra Herman, Komandan Pusat Latihan RELA Wilayah Utara menyertai perbarisan dengan slogan ‘Tiada mustahil jika berlatih’,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi bekepak la puak2 Rela ni..Rela dgn wataniah Allah dorang punya belagak tu mcm leftenan pasukan askar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah x fit langsung kelihatan katik boroi berlemak kurang bersenam |
|
|
|
|
|
|
|
Bila depa ni nk wakil malaysia masuk olimpik? |
|
|
|
|
|
|
|
matbad: Lagi bekepak la puak2 Rela ni. ...
Haha tula pasal.ni nanti jaga parking orang kahwin pakai macam ni lagi garang |
|
|
|
|
|
|
|
tak rela you!
|
|
|
|
|
|
|
|
Oooo ada ye special team gini dlm Rela... Baru tau ni
Siapa yg guna khidmat diarg? |
|
|
|
|
|
|
|
Average tinggi lelaki kat Malaysia ni memang pendek yea? Bila sado dia jadi compact pula. |
|
|
|
|
|
|
| |
|