View: 47237|Reply: 29
|
‘Izinkan saya bantu’ – Ali Puteh tawar diri biaya denda suami isteri yang mencuri untuk rawatan dialisis
[Copy link]
|
|
Merasai kesusahan orang lain, pelawak Ali Puteh menawarkan diri membayarkan denda sepasang suami isteri yang didapati bersalah atas dakwaan mencuri untuk membiayai rawatan dialisis.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata, berdasarkan pengalaman menjaga arwah ibunya, dia mengakui kos rawatan bagi prosedur berkala mencuci ginjal itu memang tinggi.
“Jika diizinkan denda RM3,000 itu boleh tak saya bayarkan untuk abang dan kakak ini?
“Sebab saya juga pernah merasa jaga arwah mak saya dialisis dan memang memerlukan duit yang banyak.
“Izinkan saya bantu abang dan kakak ini,” tulisnya menerusi ruangan komen sebuah portal berita.
Selain Ali, ramai lagi netizen yang sedia membayarkan denda bagi pihak pasangan terbabit selepas mahkamah menjatuhkan hukuman atas kesalahan mencuri 24 peket minuman berasaskan coklat dan kopi di sebuah pasar raya.
“Hidup ini makin keras, niat tak halalkan cara tapi tak salah kita bantu mereka yang tengah susah,” ujar netizen.
“Terima kasih orang baik yang berniat ingin meringankan keperitan pasangan ini,” tulis pemilik akaun lain.
Difahamkan, motif suami isteri itu berbuat demikian adalah untuk menampung kos rawatan dialisis ibu kepada lelaki terbabit.
Mereka membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, sebelum dijatuhi hukuman dijel selama 28 hari dan denda sebanyak RM3,000.
Sumber – KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
Buat senyap2 sudah...nak bantu org..bantu diam2 x payah bgtau wartawan |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sucikan diri ke. Hutang heols dah settle ke belum ya? |
|
|
|
|
|
|
|
cubaan nak up kan diri.
btw...berita bawah ni ada kaitan kan dgn usaha litam nak sucikan diri dia ni?
ni aku amik dr bod ci.
MELAKA – Pasangan yang dijatuhkan hukuman penjara 28 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mencuri 19 peket milo 2 kilogram (kg) yang didakwa mereka demi menanggung kos rawatan dialisis ibu adalah tidak benar.
Perkara itu didedahkan dan dijelaskan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang membuat semakan dan mendapati status pesalah wanita adalah isteri orang, manakala pesalah lelaki adalah kekasihnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, perkara itu telah disahkan oleh Skuad Agihan Zakat cawangan Merlimau bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ke rumah pesalah lelaki semalam.
“Skuad kita telah ke rumah pesalah lelaki di Kampung Berangan Enam dan mendapati ibunya hanya menghidap kencing manis dan pesalah wanita bukanlah ahli keluarga tersebut.
“Pesalah wanita masih berstatus isteri orang, manakala suami sahnya merupakan penerima aktif bantuan MAIM bagi Bantuan Makanan Kecemasan (one-off), Bantuan Makanan Bulanan, Bantuan Saraan Anak Sekolah dan juga Bantuan Pakaian Sekolah berjumlah RM940 sejak 2018 hingga sekarang,” jelasnya.
Tambahnya, hasil soal siasat suami pesalah wanita memberitahu, isterinya itu telah melarikan diri dari rumah untuk bersama kekasihnya iaitu pesalah lelaki.
Rahmad berkata sehingga Julai ini, penerima Bantuan Makanan Bulanan MAIM adalah seramai 7869 orang iaitu asnaf fakir seramai 140 orang dan asnaf miskin seramai 7,729 orang.
“MAIM memperuntukan RM1.6 juta sebulan, manakala dari 1Januari hingga Julai 2024, MAIM telah membelanjakan RM13 juta untuk bantuan ini sahaja.
“Buat masa ini, seramai 240 asnaf yang menerima bantuan dialisis MAIM dan sehingga Julai 2024, MAIM telah membelanjakan wang zakat berjumlah RM480,000 untuk membiayai bantuan rawatan dialisis,” katanya.
Semalam Kosmo! melaporkan sepasang suami isteri dipenjara 28 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah mencuri 19 peket milo 2 kilogram (kg) di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, Julai lalu.
Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Nor Azam Bakar, 34 dan Noor Azura Rosslan, 38, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Peguam Nigel Tai yang mewakili tertuduh merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan tindakan anak guamnya itu demi mencari wang untuk menampung kos rawatan dialisis ibu kepada Mohamad Nor Azam.
Laporan media berhubung kes tersebut bagaimanapun mendapat perhatian warganet yang mempersoalkan peranan MAIM dalam membantu golongan memerlukan, malah ada pihak yang sanggup membayar denda bagi pasangan terbabit kerana rasa simpati.
Sumber – KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah bayar habis hutang dekat dayah belom? |
|
|
|
|
|
|
|
Tu orang kata menipu lama2 mencuri. Moga insaf lah dedua pesalah ni.
Cik kak dah keluar dari jel sok balik lah ke pangkuan suami. |
|
|
|
|
|
|
|
Konon nak sucikan diri, sekali pasangan nak ditolong tu skandal haram siap menipu lagi. Hawau betol! |
|
|
|
|
|
|
|
akuMNdia replied at 30-8-2024 04:31 PM
cubaan nak up kan diri.
btw...berita bawah ni ada kaitan kan dgn usaha litam nak sucikan diri dia n ...
Tenkiu untuk info yang selanjutnya.
Harap ada yg update Ali nie pasal pasangan yg nak dibantu. Tqk chek bqckgrpund kapel nie, boleh pulak nak bantu. Anak sedara dah bantu lum?
Hutang Dayah dah bayar lum?#tanyajer |
|
|
|
|
|
|
|
Liitamm... Kau nak sucika kan diri eh?? Kau ttp busuk dimata acik2 forum sampai bebila
Nak tolong org sekali penipu pulak dua2. Lain kali siasat dlu hokayy. Baik kau bagi nafkah kat anak arwah abang kau. Ehh |
|
|
|
|
|
|
|
oloh oloh oloh.....nak bantu orang bantu jelah
pastu nak heboh2 segala bagai dah kenapa
sekali salah bantu daaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Myb lupa topup phone sampai Internet kena bar |
|
|
|
|
|
|
|
Baruuuu nak tunjuk baik |
|
|
|
|
|
|
|
litam, ko tau tak pasangan ni menipu n perempuan tu isteri orang? hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
I tak terpedaya cubaan Ali untuk membersihkan imej busuk hati dan tamak. Nak tolong dengan ikhlas tak payah nak war2kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko dah syenduuuu kan citam |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian litam... Masih belum berjaya untuk menyucikan diri. Sekali orang yang nak dibantu penipu pulak |
|
|
|
|
|
|
|
elok sgt si perompak nak tolong si pencuri, sama geng kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peguam Nigel Tai yang mewakili tertuduh merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan tindakan anak guamnya itu demi mencari wang untuk menampung kos rawatan dialisis ibu kepada Mohamad Nor Azam.
Ape pny lawyer hauk X check ke medical report maknya tu
Ish2
Tak ke Kira menghina mahkamah Ni bwk fakta palsu
|
|
|
|
|
|
|
|
baikla hang bagi nafkah kat anak sedara ko tu dr ko main hentam je
jap ape kena mengena curi milo dgn mak okt dialisis.dpt milo tu blh jual rm10 ke?
lain la kata ank mengidam nak minum milo..curi plk 2kg..kalau curi yg 500gram tu logik..
pelik kaitan |
|
|
|
|
|
|
|
Ko jgn sibuk hal org. Anak buah ko tu yg ko patut bantu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|