CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42653|Reply: 6

[Tempatan] Membawa Pulang Barangan Nur Farah Kartini

[Copy link]
Post time 29-8-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ^CUN_GILA~. at 30-8-2024 12:16 AM



Tanjung Malim: Prihatin dengan kisah sedih pemergian pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, Julai lalu, Pos Laju Malaysia tampil membantu membawa pulang semua barangan milik arwah ke Sarawak hari ini.

Pengurus Besar Negeri, Pos Malaysia Perak, Noorzuriha Haron Noh Rashid berkata usaha membawa pulang barangan Allahyarham akan digerakkan terus ke Shah Alam dan dijangka sampai di rumah ibunya, Siti Salmah Abdullah pada pagi Selasa.

"Bagi pihak Pos Malaysia, kami bersimpati dengan nasib yang menimpa Allahyarham dan ini adalah sumbangan kemanusiaan Pos Malaysia buat keluarga Allahyarham," katanya.

Satu majlis ringkas penyerahan barangan Allahyarham diadakan di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini pagi tadi.

Hadir sama Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman dan Dekan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Prof Madya Dr Maizatul Hayati Mohamad Yatim.

Barangan Allahyarham yang dibawa ke kampungnya di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak itu berupa pakaian, beg, buku dan pelbagai barangan peribadi.

Allahyarham Nur Farah Kartini adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian UPSI dan bekerja di bahagian pemasaran digital sebuah kedai percetakan di Tanjung Malim, Perak.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff yang terharu dengan keprihatinan Pos Malaysia itu menganggap ia sebagai satu rahmat dan mencerminkan nilai kasih sayang rakyat Malaysia.

"Pemergian Allahyarham Nur Farah Kartini mengundang simpati dan kasih sayang pelbagai pihak di seluruh Malaysia sehingga jenazahnya dibawa ke Pahang untuk dikebumikan," katanya.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pos Malaysia yang menggerakkan misi ihsan itu dan sudi membantu membawa pulang ke pangkuan keluarga barangan peribadi milik Allahyarham Nur Farah Kartini.

Beliau berkata UPSI sendiri menanamkan nilai-nilai kasih sayang dan mementingkan kebajikan pelajar dan kakitangan tanpa mengira pangkat untuk dibantu sekiranya ditimpa musibah.

"Kami mempunyai RESQ Team, pasukan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan yang sentiasa prihatin bersedia membantu mangsa pasca banjir tanpa mengira lokasi," katanya.

Minggu lalu, Prof Md Amin ketika menghadiri Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak meluangkan masa bertemu ibu dan keluarga Allahyarham di kampungnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, terima kasih pos malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
apa cerita kes ni ye ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
habisnamadahni replied at 29-8-2024 11:01 PM
apa cerita kes ni ye ..

Aik takkan tak tau kot.  Yang dibunuh jantan keparat kat ladang sawit tu.  Dibenam dalam lopak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
^CUN_GILA~. replied at 30-8-2024 12:18 AM
Aik takkan tak tau kot.  Yang dibunuh jantan keparat kat ladang sawit tu.  Dibenam dalam lopak.

Dia tanya update terkini kot rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... Pastilah luluh hati ibu terima barang2 tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2024 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
^CUN_GILA~. replied at 30-8-2024 12:18 AM
Aik takkan tak tau kot.  Yang dibunuh jantan keparat kat ladang sawit tu.  Dibenam dalam lopak.

bkn ..maksud aku kes ni mcm senyap je..tp td tgk berita..dorang x hbis siasat lg rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.615657 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list