CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4703|Reply: 24

[Tempatan] Bos persatuan insurans berang kena caj RM19k untuk pembedahan kecil

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Bos persatuan insurans berang kena RM19k untuk pembedahan kecil
Diterbitkan:  Aug 29, 2024 12:22 PM



Eksekutif tertinggi sebuah pertubuhan syarikat-syarikat insurans membangkitkan kebimbangannya terhadap dakwaan caj tidak masuk akal yang dikenakan oleh hospital swasta di negara ini ke atas pesakit yang mempunyai insuran.

Ini selepas Mark O'Dell, yang merupakan ketua eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam), dilaporkan menerima bil hampir RM19,000 untuk apa yang disifatkannya sebagai pembedahan hernia kecil.

Menurut O'Dell, dia menjalani "prosedur mudah" itu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur baru-baru ini, dan menginap semalaman di hospital berkenaan sebelum dibenarkan keluar dengan bil 13 muka surat berjumlah RM18,837.55.

"Bagaimanakah prosedur mudah dengan penginapan satu malam di hospital boleh menghasilkan bil 13 muka surat?" soalnya dalam temu bual dengan portal berita kesihatan CodeBlue.

Eksekutif yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam perniagaan insurans hayat itu bagaimanapun enggan menamakan hospital swasta tersebut.

Mengulas lanjut, O'Dell memberitahu portal itu bahawa dia tidak dapat memahami beberapa perkara yang dikenakan oleh hospital dalam bil itu.

Bil itu dilaporkan termasuk caj untuk 95 barangan merentas 13 kategori berbeza, termasuk RM2,105.60 untuk bekalan perubatan dan pembedahan dan RM3,850.30 untuk "peralatan".

Caj doktor hanya RM2,621 manakala ubatan pula berjumlah RM2,606.68.

Dalam wawancara itu, O'Dell turut membangkitkan kemungkinan dua sistem caj berbeza yang dikenakan oleh hospital swasta ke atas pesakit. Katanya, mereka didakwa akan lebih berhati-hati dengan pesakit yang membayar bil dari poket sendiri.

Menurut ketua pegawai eksekutif Liam itu, seorang doktor pernah memberitahunya bahawa dia akan lebih berhati-hati jika pesakit membayar bil mereka sendiri.

"Tetapi jika pesakit mempunyai insurans, ia tidak diambil kira. Doktor mungkin melakukan apa sahaja yang difikirkannya wajar, kadang-kadang tidak perlu, tetapi tiada batasannya, "kata O'Dell.

"Saya fikir ia sangat bermasalah jika hospital menggunakan sistem dua harga," tambahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu ker boss...sama2 buat untung, dr untung hospital untung insurans untung yg mampusnya rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Spital mana tu?

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:04 PM | Show all posts
yg peliknya orang Indonesia dok kata hospital kita murah
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ioilss tido satu malam sbb demam cirit n muntah pun kena rm2900. Apa yg dikira pun i tak faham.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:24 PM | Show all posts
Haha baru tau ke??? Amik contoh la KPJ (ni betul2 kejadian), anak buah iolls demam. Yg mak plak bijak pandai nak ber KPJ bagai. Nak masuk je, depo RM1.5K. Last2 pegi clinic biasa, masuk air baru RM100+, elok budak tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Thunderclouds at 29-8-2024 04:27 PM

Panadol (paracetamol) 10 strip kt bill dia caj 100++..ko ghaserrrr?????
Lol
Tu lom sembang caj celebrax lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital swasta memang charge melampau. Ubat pon 10x ganda harga hosp gomen. Mentang2 insurance bayar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 05:03 PM | Show all posts
prince cot kah..? gleaneagles kah..?
udah masuk hospital mahaiii....harganya pun mahai...huhu

anak iouls dok avisena 5 hari...baru 6k lebih jah...huhuu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aviesena tu pon mahal jgk.laki ku kena slip disc pon 40k..tido 2 mlm..tp cpt la serba serbi..klu insurance 60k..duit sendiri 40k..npk x disitu..amik doktor ala2 part time je ..charge sekali wat laser 7k..terus rasa nk suh ank jantan ku jd surgeon..gaji sbln ratus2 ribu klu kt private hospital!sambil2 bukak klinik orthopedic..pakcik kayo gitu..sambil2 bukak fisio pulakk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 06:01 PM | Show all posts
iols baru warded 2 hari je kt colombia.. bkn operation ape pun,
pasal gerd... check itu ini...
skali bil 16k...kemain ketuk kalau claim insurance..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Padanlah muka kau suka reject claim spital kan.
Iols borak dgn gp dia ckp kalau insurance derang akan charge lebih sbb insurance suka reject claim derang.  At least dapat balik lah walaupun bukan full amount. Tu sbb kalau korang gi clinic ubat generic derang bagi sbb murah and chances inaurance tak reject sbb dlm list derang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 06:52 PM | Show all posts
mcm tak biasa. charge dr lain charge hospital lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kau baru tau ke wahai atok?
drebar boss iols bedah esophagus je pun kena 25k
mujur ada personal insurance
harapkan kompeni..20k jah dia mampu insure pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 07:14 PM | Show all posts
Selama ni ahli-ahli kau ketuk kastemer bayau insuran revised payment apa semua kaw-kaw.
Now sepital charge kau kaw-kaw pulak.

Okay la tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
fanaz82 replied at 29-8-2024 04:04 PM
yg peliknya orang Indonesia dok kata hospital kita murah

Sbb dkt indon ko prgi spital gomen nk msok ubat guna  jarum msok urat or senang pggil branula pon kena beli dkt farmasi.

Dkt malaysia bising xdpt msok jarum. Bsing dkt staff baby dorang menangis kena masok jarum.

Ke arah penswastaan kesihatan. Semoga cepat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 07:20 PM | Show all posts
iols punya insurans annual limit 1.5jota.. haritu agent offer upgrade ke 10.5jota, tambah dalam rm80 mcm tu monthly, katanya kalau upgrade xdak lagi tggu lama utk dpt approval GL... iols pun tanya 10.5 jota, spjg sistahh jd agent, sakit apa jah yg plg maheii client sistahh kena, dia jawab leukimia 800k... so iols tanya balik 10.5 juta setahun ni sakit apaaaa sampai 10.5 jota.. katanya kalau jatuh sakit kt overseas ke currency diorg mahal, insurans boleh cover... iols pun tanya balik ohh dekat overseas pun boleh keluarkan GL ke ? dia kata mostly pay & claim... iols jawab matilahhhhh nak carik 10.5 jota dulukan duit sendiri bru insurans bayar... silap2 dgar je jota2 kena bayar terus kojol dekk...... ketawa jah agent iols...

kekdahnya insurans sendiri bg annual limit tggi2, so spital cas la tggi2 x gittuhh ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
fanaz82 replied at 29-8-2024 04:04 PM
yg peliknya orang Indonesia dok kata hospital kita murah


Diaorg bayar sendiri...artikel cakap ada 2 sistem harga...kalau insurance kena ketuk kaw2...
Kalau bayar sendiri diaorg lebih hati2 buat bill
Still overall lebih baik dari kat Indian sana
Pendek kata lebih berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
fanaz82 replied at 29-8-2024 04:04 PM
yg peliknya orang Indonesia dok kata hospital kita murah

Kalau banding dgn Indonesia, sana jauh la lagi mahal. Especially yg bayar pakai cash.

Sama gak dgn Arab Saudi, lagi la mahal. Dah gaji nurse (Malaysia yg keje sana khususnya) pun ada yg cecah 20k Riyal sebulan. Jadi kalau buat umrah, kena beli medical takaful / insuran utk cover medical bills kat Arab Saudi sepanjang kat sana. Takaful kelompok tak memadai, cover 100k Riyal sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:47 PM | Show all posts
hospital swasta boleh hidup sebab ada insuran.. klu insuran sendiri dah merungut maksudnya dah mulai ada masalah dengan sistem insuran bayar hospital.. tak tau sampai bila boleh berterusan..

orang ramai kalau merungut pasal bil hospital swasta maka sepatutnya tak layak masuk sana... orang yang boleh masuk sana orang kaya, yg ada unlimited fund..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.061313 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list