View: 3116|Reply: 1
|
[Politik]
Laporan terhadap Muhyiddin dibuat Istana Pahang - PM
[Copy link]
|
|
Laporan terhadap Muhyiddin dibuat Istana Pahang - PM
Oleh Farah Marshita Abdul Patah - Ogos 29, 2024 @ 12:17pm
[email protected]
Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang, atas tuduhan mengeluarkan perkataan menghasut ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini, pada 14 Ogos lalu. - Foto BH
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat oleh Istana Pahang.
Perdana Menteri berkata, beliau mengarahkan menteri-menteri untuk menyerahkan perkara berkenaan kepada polis.
"Anda langgar peraturan, anda terlanjur, anda yang perlu hadapinya. Jangan gunakan ini sebagai (alat) politik.
"Laporan dibuat. Polis ambil laporan daripada Istana Pahang. Sebelumnya, dalam kes lain oleh Istana Selangor dan diambil tindakan oleh Peguam Negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian dan pecah tanah Residensi Suria MADANI, di Taman Desa, di sini, hari ini.
Pada 19 Ogos, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan Pengerusi PN berkenaan yang secara sengaja memperlekeh peranan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang, atas tuduhan mengeluarkan perkataan menghasut ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini, pada 14 Ogos lalu
|
|
|
|
|
|
|
|
menyemak ja.... bila nak kena ban mamat ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|