|
Pelakon Uqasha Senrose menyifatkan tuduhan segelintir individu melabelnya kaki pukul sebagai melampau serta menegaskan dia tidak pernah melabel dirinya sebagai individu yang baik sebelum ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Uqasha berkata jika ada individu yang melakukan kejahatan terhadap dirinya, dia tidak hanya akan berdiam diri.
“Saya tak pernah label diri sendiri baik, lembut, pijak semut tak mati atau sebagainya dan semua itu pandangan anda terhadap saya.
“Saya baik dengan orang yang buat benda sama dengan saya. Orang buat jahat dengan saya pun, saya boleh berdiam diri lagi.
“Tetapi, kalau sampai fitnah saya kaki pukul, penumbuk, saya rasa sudah melampau,” katanya.
Sementara itu, Uqasha berkata sesiapa sahaja boleh mencipta apa saja situasi namun harus dikemukakan dengan bukti yang kukuh.
“Seperti saya cakap, kalau hanya bercakap sahaja tidak ada guna. Saya juga boleh reka dan buat apa sahaja diingini ketika ini, tetapi bawalah sekali bukti.
“Mungkin dengan gambar atau pergi terus buat laporan polis. Bukan selepas tujuh hari baru nak buat laporan,” katanya.
Terdahulu, Uqasha mendedahkan sikap pembantu peribadinya yang sesuka hati masuk ke biilik tidurnya serta pernah memakai pakaiannya tanpa pengetahuan. Ia selepas namanya dikaitkan dengan isu seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi.
Sumber – HibGlam
|
|