View: 20997|Reply: 9
|
Dua anggota polis parah tertimbus runtuhan tanah ketika musnahkan bom
[Copy link]
|
|
KLUANG: Dua anggota polis cedera parah selepas tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, di sini kira-kira 3 petang tadi.
Susulan kejadian itu, dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan kecemasan.
Dua anggota daripada Unit Pemusnah Bom Polis Johor yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.
Kedua-dua mangsa dipercayai cedera parah pada beberapa anggota badan.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh terbabit tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
"Saya belum mempunyai butiran lanjut mengenai tahap kecederaan, tetapi saya boleh mengesahkan anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu dikejarkan ke hospital," katanya ketika dihubungi media.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehadiran ambulans ke kawasan perumahan berkenaan hingga mengundang pertanyaan penduduk setempat
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa musnahkan bom? Sapa punya bom? |
|
|
|
|
|
|
|
bom zaman jepunkah? bom dah meletup ke belum?
reputs ni tulis berita pun tak lengkap... |
|
|
|
|
|
|
|
tanah tu runtuh sebab bob meletup atau struktur?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang terjadi dengan tentara dan polisi Malayasia ini yang berulang kali mengalami musibah akibat X profesoonlnya mereka ketika menjalankan tugas ....
Tahun 2024 sudah terjadi 3 musibah .. 2 heli TLDM jatuh, KD Pendekar Karam dan sekarang 2 polisi terluka ketika nak menjinakkan bom ..
Mengapa quality mereka begitu rendah ? Apakah X ada latihan dasar bagi mereka sebelum menjalankan tugas ?
|
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. moga kembali sihat keduanya |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya: Apa yang terjadi dengan tentar ...
Mana2 negara tentera dia boleh ada kemalangan. Even Indonesia pun ada je kecelakaan spt Kapal Selam Nanggala. Smpi 53 kelasi maut. Sayangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru persiapan dah kena timbus. Apa dah .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|