Daripada Abdullah bin 'Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (Sahih Bukhari No: 2310) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain
2.Sebagai orang Islam, kita perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:
a.Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain
b.Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi
3.Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenan hajatnya.
4.Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudah kehidupannya di hari kiamat
5.Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.
6.Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.
7.Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan dua keadaan:
a.Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.
b.Allah Taala tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aib tersebut.”
Dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, berusahalah kita memelihara hak saudara Islam kita yang lain serta miliki sifat cakna dan prihatin membantu kepada yang memerlukan.
29 atlet sah wakili Malaysia di Sukan Paralimpik Paris
KUALA LUMPUR: Sejumlah 29 atlet iaitu yang paling ramai, disahkan akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 dari 28 Ogos hingga 8 Sept kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Beliau berkata seorang lagi iaitu atlet sukan tenis kerusi roda, juga berkemungkinan akan menyertai temasya sukan empat tahun sekali itu.
Megat D Shahriman berkata keputusan itu disahkan selepas jawatankuasa pemilihan MPM bermesyuarat hari ini, bagi mengesahkan senarai akhir atlet yang akan mewakili negara.
"Proses pemilihan ini satu prosedur wajib seperti dinyatakan dalam Perlembagaan MPM dan seperti garis panduan dikeluarkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dalam pemilihan atlet untuk mengambil bahagian di Paris 2024.
"Atlet yang layak bermakna layak dengan nama, kedudukan dan dwipihak. Setiap sukan mempunyai kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Antarabangsa yang mengawal selia sukan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jawatankuasa pemilihan diketuai Megat D Shahriman dan dibantu pegawai kanan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), wakil persatuan kebangsan berkaitan dan Chef de Mission Datuk Subramaniam Raman Nair.
Megat D Shahriman berkata mengenai atlet tenis kerusi roda itu, penyertaannya kini masih menunggu kelulusan IPC yang dijangka membuat keputusan pada 2 Ogos.
Pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebanyak 22 atlet Malaysia menyertai sembilan jenis sukan.