CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44558|Reply: 16

Geram Difitnah Mahu Tuntut Hak Penjagaan Cucu, Ibu Aliff Aziz Tegas Keluarkan Saman - “Siapa dapat hubungi dia, tolong beritahu dia"

[Copy link]
Post time 20-8-2024 08:01 PM | Show all posts |Read mode





Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahi, meluahkan rasa marah dan kecewa selepas difitnah oleh seorang netizen yang menuduhnya ingin menuntut hak penjagaan salah seorang cucunya.


Tuduhan melampau ini telah mencetuskan kemarahan Siti Hafiza, yang berjanji tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.


Dalam satu hantaran di Instagram Story, Siti Hafiza secara terbuka menegur individu yang menyebarkan fitnah itu dan meminta agar hantaran berkenaan segera diturunkan.


“Untuk si dia yang muat naik fitnah dajjal ke atas saya, sila turunkan hantaran berkenaan. Jika tidak, saya dan keluarga akan ambil tindakan undang-undang terhadap anda,” tegasnya.


Siti Hafiza turut menyatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dan bersedia untuk berhadapan dengan pelaku bagi menyelesaikan isu ini. Dia ingin mengetahui dari mana individu tersebut mendapatkan maklumat tidak benar yang disebarkan di media sosial.


“Siapa dapat hubungi dia, tolong beritahu dia yang kami akan ambil tindakan undang-undang terhadapnya. Jika dia ingin berbicara dengan saya, silakan, kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” tambahnya lagi.


Sebelum ini, seorang individu memuat naik hantaran di TikTok menuduh Siti Hafiza mengeluarkan kenyataan bahawa bekas menantunya, Bella Astillah, perlu menyerahkan salah seorang anak mereka kepada Aliff Aziz supaya berlaku adil bagi kedua-dua pihak.


Tuduhan tersebut muncul selepas Hafiza dan Aliff, 33, memuat naik beberapa hantaran di media sosial pada Julai lalu, yang berkongsi luahan rindu mereka terhadap dua orang cucu, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.


Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Selepas perpisahan itu, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh terhadap kedua-dua anak mereka kepada Bella.


Kes ini menjadi tumpuan ramai apabila ia melibatkan keluarga selebriti terkenal, namun Siti Hafiza tegas dalam pendiriannya untuk melindungi maruah diri dan keluarganya daripada fitnah yang tidak berasas.


Ini juga menjadi peringatan kepada masyarakat untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih di media sosial.


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus laa acik bodoh ni kuat sembang...

Sila bagi info pasal tindakan2 ko seterusnya supaya bella cepat2 buat keje counter argument
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau yg bermulut mcm punchkad ayam…lpas tu konon bg peringatan kat masyarakat. Duduk je la kat umah flat reban ayam ko kat singapork tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 10:57 PM | Show all posts
acik ni better diam2 je kat singapore sana, kata ummah negara maju kan. Dua2 pihak ekceli ekna diam dan teruskan kehidupan macam biasa. Selain itu, netizen juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan retis la hanat.
Ntah brapa byk tered nk bukak pasal acik ni.
Semak!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Eleh samang konon. Byk duit nak hire loyer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2024 08:21 AM | Show all posts
tulis gitu pun kira fitnah?

komen aje cakap "saya tak tuntut hak penjagaan cucu, biar lah Bella yang menjaga,, saya hanya rindu pada mereka",

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:35 AM | Show all posts
senang keje aliff..die buat hal,mak die sapu bersih tlg tapau semua isu die...kdg2 kompius sape retis sbnrnye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak saman ada duit ke nak hire lawyer? . Acik dok diam je la ek.. tahu lah bella nk jaga anak2 dia. Selama ni pun anak2 mmg dgn dia… netijen yg fitnah tu pun dok diam2 jgk…
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 09:57 AM | Show all posts
Nak saman tapi takde info orang yang nak disaman... apoooooo
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 10:05 AM | Show all posts
acik da tua2 kuat meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik duduk je la diam2 kat flat temasek tu. Adoi serabut la
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:48 AM | Show all posts
redz85 replied at 21-8-2024 08:21 AM
tulis gitu pun kira fitnah?

komen aje cakap "saya tak tuntut hak penjagaan cucu, biar lah Bella  ...

pelaku yg sebar cerita tu dah mohon maaf dlm tt bbrp hari lepas mak alip ss cerita dia.. tergagap2 makcik tu minta maaf kata dia kutip maklumat dan sebar je tanpa cek betul ke x... nama pelaku tu x silap nama dia zila bakri.. folower dia dlm 24k klo x silap... smlm tgk tt dia dah ilang

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:54 AM | Show all posts
acik ni kena block ke?...dhtu yg dia terlebih kepo knp??...retis keponn??
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupon banyak post hal agama, hidup mokcik still tak tenang, kesian
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 12:13 PM | Show all posts
apa la perasaan mak bapak camni? tak malu ke anak dok berulang kali buat perangai. kot merendah diri ngaku anak tu salah, sedih tatau apa silap didikan sampai jd gitu takpe la jugak. ni dok pungpang macam anak tu helok sgt perangai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mak cik gila mulut laser kaki gaduh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.162661 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list