CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 56720|Reply: 32

Proton X70 baharu diperkenal, harga bermula RM98,800

[Copy link]
Post time 16-8-2024 08:39 AM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA: Selepas lebih enam tahun model X70 dilancarkan di Malaysia, Proton Holdings Bhd (PROTON) memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) popular versi dipertingkatkan yang ditawarkan pada harga bermula RM98,800.


Proton X70 baharu yang menjadi SUV segmen-C itu ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard (bermula RM98,800), Executive (bermula RM110,800), Premium (bermula RM123,800) dan Premium X (bermula RM126,800), semuanya dengan enjin 1.5L TGDI.


Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata pelancaran Proton X70 versi 2025 adalah antara satu contoh PROTON memasuki fasa seterusnya dalam kerjasama dengan Geely.


"Dengan begitu banyak pencapaian sepanjang 18 bulan lalu, daripada pelancaran Proton X90 dan S70 kepada pengenalan kereta elektrik (EV) dari smart, serta pembukaan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China dan pelancaran e.MAS, adalah mudah bagi pelanggan untuk melupakan betapa jauhnya syarikat telah berkembang sejak pelancaran SUV pertama kami pada 2018.


"Dengan reka bentuk yang diperbaharui, kami yakin Proton X70 2025 akan terus menarik minat sebagai kenderaan yang dibangunkan dan dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk pengguna Malaysia dan sedunia," katanya ketika melancarkan Proton X70 baharu di sini, hari ini.


Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.





Model versi 2025 itu muncul dengan membawakan bukan hanya penampilan segar, malah banyak lagi penambahbaikan diberikan.


Antara yang paling ketara perubahan yang dilakukan ialah untuk bahagian wajah depan dengan rekaan gril seperti X90 dan juga sedan S70.


Rekaan hud juga berbeza dengan rekaan lampu utamanya yang kini sedikit lebih nipis dan tampil canggih menggunakan unit lampu LED sepenuhnya dengan rekaan tiga kluster berbeza di dalam perumah membabitkan 47 biji lampu LED, lengkap dengan lampu nyalaan siang (DRL)..


Menjengah ke dalam kabin, banyak kemas kini yang ditampilkan seperti rekaan roda stereng baharu dengan bahagian bawah rata, kluster meter untuk pemandu pula menggunakan paparan kombinasi digital LCD dan Infotainment Head Unit (IHU) dengan skrin lebih besar 12.3-inci.


Model X70 terbaharu dilengkapi dengan peranti yang menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto, yang akan membolehkan pelanggan memuat turut aplikasi berkenaan kelak secara over-the-air (OTA).


Kemas kini X70 2025 ini tidak hanya dari segi kosmetik kerana PROTON turut melakukan tetapan semula terhadap aspek mekanikal.


Model X70 2025 juga mengandungi sebanyak 360 bahagian baharu yang dihasilkan oleh PROTON, selain R&D serta ujian juga dijalankan dengan membabitkan 290,000 jam kerja.


Lebih penting, untuk memastikan model ini lebih serasi dan disesuaikan dengan keadaan pemanduan di Malaysia, jarak sejauh 4.2 juta kilometer telah dilakukan ke atasnya.


Dari aspek mekanikal, SUV ini ia masih menggunakan unit 1.5L TGDI yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan yang menjana sebanyak 130 kW (177 PS) pada 5,500 rpm serta tork 255 Nm antara 1,500 hingga 4,000 rpm.





Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 12:07 PM | Show all posts
cantik jupa rupa ni.. nasib baik belum beli model lama..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sparepart waiting rime dah improve belum?

Klu belum tunggu next facelift la baru consider balik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu mcm jerung.. ni mcm singa.. cantik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 03:09 PM | Show all posts
nazzse replied at 16-8-2024 12:41 PM
Sparepart waiting rime dah improve belum?

Klu belum tunggu next facelift la baru consider balik

ini dah kira facelift dah kan? nak tggu yg mcm mana lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjawat awam boleh borong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2024 03:28 PM | Show all posts
green~tea replied at 16-8-2024 03:25 PM
Penjawat awam boleh borong

dgn kenaikan gaji yg tinggi, x pandang dah perodua dan proton. plg kurang logo H utk gred 19
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 03:33 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 16-8-2024 03:28 PM
dgn kenaikan gaji yg tinggi, x pandang dah perodua dan proton. plg kurang logo H utk gred 19

betul tu, skang ni kalo SUV pun kaleng2 mazda cx5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tunggu facelift X50 pula...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 03:44 PM | Show all posts
gaji 9K baru boleh beli keta nih, mmg keta m40
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 03:46 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 16-8-2024 03:28 PM
dgn kenaikan gaji yg tinggi, x pandang dah perodua dan proton. plg kurang logo H utk gred 19

xdenye mampu, level2 gaji pegawai je tu ,b40 kalo beli sakit wehh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jimat minyak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 04:18 PM | Show all posts
copy_paste replied at 16-8-2024 03:46 PM
xdenye mampu, level2 gaji pegawai je tu ,b40 kalo beli sakit wehh

mampu letak tepi, ada staf sokongan yg kerja gomen cite kat I nak beli Merce AMG. Gred 29
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kereta plg byk komplen 2023...model dulu la

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk lg yg akan naik harga ya. Bertabah la rakyat terutama non gvrnmnt servant. Wang anda diguna utk mengukuhkan undi sesetgh pihak di masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 05:12 PM | Show all posts
spare part da ready ker tu....
hihihi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekejap je dah 6 tahun.. rasa baru je launch.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 06:51 PM | Show all posts
kne siap 10% bukan mcm bulan lepas
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 16-8-2024 04:18 PM
mampu letak tepi, ada staf sokongan yg kerja gomen cite kat I nak beli Merce AMG. Gred 29

Biar betul jgn tayar pecah, dgn kepala dia pun pecah nk byr tayar sebijik . Tak beragak punye berangan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Niceeee
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.068879 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list