CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3473|Reply: 0

[Johor] Bekas banduan dan isteri ditahan, jual dadah guna taktik cagar motosikal

[Copy link]
Post time 7-8-2024 10:37 AM | Show all posts |Read mode

RAIZ menunjukkan motosikal milik pelanggan yang dicagar kerana tidak mampu membayar dadah. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Cagar motosikal jika tidak mampu bayar dadah. Itu taktik digunakan bekas banduan yang baru enam bulan dibebaskan daripada penjara, ditahan sekali lagi bersama isterinya selepas disyaki mengedar dadah di sekitar Panchor, Pagoh, semalam.

Suspek berusia 39 tahun, baru selesai menjalani hukuman penjara dua tahun pada Januari lalu, dipercayai menggunakan taktik itu untuk pembeli dadah yang tidak mempunyai wang sebelum memulangkan kembali motosikal kepada pemiliknya sekiranya hutang dilunaskan.

Bagaimanapun, kegiatan pasangan mempunyai seorang anak itu dihidu polis sebelum melancarkan serbuan dan mereka sekali gus membolehkan polis merampas 17 kilogram dadah bernilai lebih RM467,000.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, serbuan dilakukan pada 3 petang hasil beberapa siri serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bersama Balai Polis Panchor dan menahan pasangan itu di rumah mereka.

Raiz Mukhliz berkata, serbuan itu juga membolehkan polis merampas heroin seberat 7,614 gram (g), syabu (4,472g), pil eramin 5 (5,855g) dan pil yaba (13g).

Katanya, selain itu, turut dirampas kereta Volksvage dan Honda Accord dengan satu daripadanya atas nama suspek kedua, iaitu isteri suspek berusia 34 tahun.

"Turut dirampas, sembilan motosikal pelbagai jenama termasuk Yamaha YZF, 125Z, dan Y125ZR, selain barang kemas berupa rantai, cincin dan gelang tangan.

"Siasatan awal mendapati kesemua motosikal terbabit dipercayai milik pelanggan yang tidak mampu membayar dadah dibeli daripada suspek.
"Motosikal itu akan dipulangkan semula kepada pemiliknya sekiranya mereka membayar hutang dadah terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, ujian saringan air kencing terhadap pasangan suami isteri terbabit mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methampethamin.

"Kedua-dua suspek direman sehingga 12 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


"Selain itu, kedua-dua suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama,"  katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.039929 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list