Terletak di dalam bangunan warisan berusia 150 tahun yang menawan
Luckbros Kopi – dahulunya dikenali sebagai Luckin Kopi –
yang mengambarkan daya tarikan nostalgia kopitiam tradisional telah memikat hati dan jiwa pengunjungnya.
Rakyat Malaysia akan serta-merta berasa seperti berada di rumah dengan pelbagai hidangan tempatan seperti Roti Bakar dan Nasi Lemak juga Mee Siam, Rojak, dan Chee Cheong Fun yang lazat, semuanya berharga dalam RM7.
Luckbros Kopi turut menperkenalkan menu seperti Pasta Petai yang menggoda (RM20.90), hidangan Cheesy Indo Mee (RM14.90), dan Rendang Mantou Ayam yang menarik (RM11. 90).
Bagi mereka yang mencari resepi baru, Luckin Toast yang menarik (RM12.90) menanti anda, roti bakar Hainan yang dihiasi dengan kaya, mentega, mentega kacang, dan taburan Nutella, ditambah dengan dua telur separuh masak yang lazat, semuanya disajikan seperti sebuah karya seni.
Persekitaran yang cantik juga sesuai untuk intagramers bergambar.
credit: Luckin kopi
|