CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30155|Reply: 0

[Johor] Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin ditutup hingga Januari 2025

[Copy link]
Post time 1-8-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode


Mohd Hairi meninjau keadaan kolam renang di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin. - NSTP/OMAR AHMAD


JOHOR BAHRU: Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin yang dicemari bakteria escherichia coli (e-coli), ditutup kepada umum hingga Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah, berkata pelbagai kerja baik pulih akan dilaksanakan di fasiliti sukan berkenaan, termasuk menukar jubin lantai kolam renang yang berkarat, sepanjang tempoh enam bulan penutupan itu.

Beliau berkata, langkah itu diambil selepas mendapat persetujuan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Kementerian Kesihatan (KKM) telah memberi notis penutupan hingga 6 Ogos terhadap pusat akuatik ini susulan masalah pencemaran air yang menjejaskan kesihatan 19 peserta Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024, minggu lalu.

"Namun setelah mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri Johor, pusat akuatik ini akan dibuka selepas penjadualan kebersihan oleh Jabatan Kimia dan KKM, serta penukaran sistem antikarat oleh pihak Damansara Assets, sebelum ia diserahkan kepada MBJB pada awal Januari tahun depan.

"Walaupun air sudah bersih, kita tidak mahu mengambil risiko. Saya tidak mahu kita terkejar-kejar membuka pusat akuatik ini tetapi akhirnya berisiko kepada atlet muda. Oleh itu, kita ada pelan jangka panjang. Kita juga mempunyai pelan utama bersama Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Sukan Johor serta Jabatan Pendidikan Johor yang menjaga hal ehwal atlet muda," katanya pada sidang media selepas melawat persekitaran termasuk kolam terjun dan kolam renang di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Hairi berkata, antara kerja penambahbaikan yang akan dilakukan ialah penukaran sistem antikarat serta penukaran jubin di kedua-dua kolam terjun dan kolam renang, selain memastikan sistem saliran air benar-benar bersih.

Berikutan itu, katanya, peminat sukan renang diminta berkunjung ke fasiliti berkaitan di Educity yang juga bertaraf antarabangsa.
Beliau sekali gus berharap pengunjung awam akan menikmati kemudahan yang selesa dan selamat apabila Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin dibuka semula kelak.

Pada Khamis minggu lalu, 19 pelajar daripada 900 peserta dalam Kejohanan Akuatik MSSJ 2024, dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala termasuk muntah-muntah, demam serta kulit gatal dipercayai akibat pencemaran air dalam kolam renang dan kolam terjun di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin.

Kelmarin, Mohd Hairi dipetik berkata, sampel air yang diambil dari pusat akuatik itu disahkan mengandungi bakteria e-coli
sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.183591 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list