CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 31831|Reply: 21

[Tempatan] MB Selangor dan ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi dua syarikat milik Selangor akan mengadakan 'mesyuarat' di Australia.Wajar atau tidak?

[Copy link]
Post time 30-7-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Selama empat hari, ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi dua syarikat milik Selangor akan mengadakan 'mesyuarat' dan 'lawatan tapak' di luar negara.



Dua syarikat milik kerajaan negeri Selangor akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah mereka di Perth, Australia bulan depan, di mana mereka akan turut mengisi masa terluang dengan program santai dan lawatan ke tempat tarikan pelancong, MalaysiaNow difahamkan.

Menteri Besar Amirudin Shari akan turut serta bersama ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd dalam lawatan itu, berbeza dengan amalan sebelum ini di mana mesyuarat lembaga pengarah diadakan dalam negara.

Saya tidak dapat menyatakan mengapa mereka mahu mengadakan mesyuarat di luar negara kali ini. Mungkin juga kerana cuaca di Perth lebih dingin ketika ini?" kata seorang sumber di Menteri Besar Selangor Inc kepada MalaysiaNow.

Mengikut jadual program yang dilihat oleh MalaysiaNow, peserta akan menaiki dua penerbangan berasingan Malaysia Airlines pada 23 Ogos.

Ahli sekretariat yang menganjurkan program akan berlepas pada sebelah pagi, manakala "VIP, ahli lembaga pengarah dan pengurusan" akan menaiki penerbangan lain pada sebelah malam.

Kedua-dua syarikat akan mengadakan measure lembaga mereka secara berasingan pada hari pertama.



Tiada apa dijadualkan pada hari kedua, iaitu hari Ahad, melainkan jamuan makan malam dihadiri Amirudin dan pegawai kanan kerajaan Selangor.

Keesokan harinya, peserta akan dibawa ke "lawatan tapak" sebagai sebahagian daripada "lawatan teknikal" sebelum dibawa bersiar ke Fremantle, sebuah tarikan pelancong di Australia Barat.

Mereka akan berlepas ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya.

Tidak jelas bilangan yang akan menghadiri program empat hari itu.

- Iklan -
Semakan di laman web kedua-dua syarikat itu menunjukkan sekurang-kurangnya 25 orang membentuk lembaga pengarah dan pasukan pengurusan, tidak termasuk Amirudin dan anggota sekretariat.

Antaranya ialah Adun Pakatan Harapan Rajiv Rishyakaran (DAP) dan Azmizam Zaman Huri (PKR), setiausaha sulit Amirudin, Mohd Hidayat Mohd Sauffi, di samping ahli politik PKR Saipolyazan Mat Yusop, Kamarul Baharin Abbas dan Yahya Mat Sahri.

Rajiv, Azmizam dan Yahya tidak menjawab pertanyaan MalaysiaNow mengenai program itu.

Amirudin dan setiausaha akhbarnya juga tidak memberikan sebarang respons ketika dihubungi.

https://www.malaysianow.com/my/news/2024/07/29/firma-milik-kerajaan-selangor-adakan-mesyuarat-lembaga-pengarah-di-luar-negara

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 12:06 AM | Show all posts
Negeri terkaya kot, lain lah negeri jajahan lobai..
nak klaim klaim negeri orang walaupun dah berkurun  
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan ke agensi kerajaan dan glc memang suka buat meeting kat oversea ke dengan alasan site visit aaagittew
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:26 AM | Show all posts
Mereka ada kuasa dan bajet.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
luar negeri dah ramai buat... cuba buat meeting kt bulan plak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak gempak lagik. Ikut la reramai pokcit pegi ke matahari tuh, buat mtg kat sana. Baru la namanya negeri terkaya sedunia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah chairman pun korup berjemaah la hahaha tujuan ada chairman sebagai stakeholder mewakili state aka rakyat sepatutnya somebody yg pernah successful sebagai ceo sbb tgungjawab dia nak kena supervise ceo supaya tak kena scam. Ni dah chairman pun join sekali hahaha ni la lawak corporate malaysia org jadi ceo dia pun nak jadi ceo, org jadi chairman dis pun nak jadi chairman. Company org profit company telungkup...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Cth kes governance xceo alliance bank bridget xxx kena pecat sebab renovate office rm150k. Ini tak dgn chairman sekali henjoy hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh belum lagi level miting kat lundang.

Itu benchmark katanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
alaa bod company kecik dlm ceruk pun boleh pi meeting sampai genting. dah jd budaya kerja malaysia, bukan stakat meeting, site visit, lawatan kerja, pusing satu dunia pun boleh. last2 quality projek hampeh je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:40 AM | Show all posts
Edited by mrsamz at 31-7-2024 08:45 AM
manop replied at 31-7-2024 12:06 AM
Negeri terkaya kot, lain lah negeri jajahan lobai..
nak klaim klaim negeri orang walaupun dah berku ...

pendapatan per kapita tertinggi is wpkl, pastu labuan, sarawak..kira camno tu ? selangor bawah2 sikit...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai ok je kalo xde kaitan ngan dana dari gomen utk meeting2 luar kawasan ni.
Meeting atas awan la atas air la atas yatch ect...
Known pon ada glc suka meeting begitu.
But kalo ada guna dana kerajaan mmg aiols xhalalkan ye duit tax segala yg digunakan utk meeting sesambil cikcur berjimba bwk spouse anak2 lagih!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
blh la cikcur sekali kann
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau boss boss meeting jauh gini PA dorg kena ikot jgk ke ek?
soalan bakal PA
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 09:15 AM | Show all posts
edayildiz replied at 31-7-2024 08:46 AM
kalau boss boss meeting jauh gini PA dorg kena ikot jgk ke ek?
soalan bakal PA

Bergantung kalau dia malas tarik bag
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 09:16 AM | Show all posts
mesti pakai duit sendiri kaaaaannnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kuchenta_81 replied at 31-7-2024 09:15 AM
Bergantung kalau dia malas tarik bag

la pemalasnyaaa kalau beg pun mls nk tarik
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 09:23 AM | Show all posts
kami kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:06 AM | Show all posts
ntahlah.. aku rasa mcm nak gelak je..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:21 AM | Show all posts
Oklah la tu, kedah yg tak berapa kaya tu pun dah berapa kali MBI dia jjcm overseas, tapi habuk pun tarak.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.058381 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list