CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16244|Reply: 0

Masih ada kudrat bekerja, Sathiya enggan bebankan anak

[Copy link]
Post time 27-7-2024 02:01 AM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM: Pelawak veteran, Sathiya, 60, yang diserang angin ahmar ringan bersemangat kembali ke set penggambaran, bulan depan.

"Sathiya cuma ada satu, kalau ada dua mungkin saya boleh berehat. Saya masih aktif berlakon dan akan terus aktif," katanya yang ditemui pada majlis Afyaa Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 anjuran Zamarul Hisham dan Diana Rafar di Shah Alam, hari ini.

Menurut Sathiya, dia perlu bekerja kerana enggan membebankan sesiapa terutama anak-anak yang sudah berkeluarga.

"Saya kini hanya perlu bekerja untuk menyara isteri dan tak mahu mengharapkan duit sesiapa.

"Selagi masih ada kudrat untuk bekerja, saya akan teruskan," katanya.

Berkongsi keadaan kesihatannya, pelawak yang sinonim dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu bersyukur sudah beransur pulih, namun belum mempunyai kekuatan untuk memandu.

"Saya masih boleh bergerak seperti biasa, cuma agak terbatas. Saya juga belum boleh memandu kerana kaki kanan belum kuat sepenuhnya.

"Jangan risau saya baik-baik sahaja dan sudah boleh meneruskan aktiviti seni seperti biasa," katanya.

Sathiya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), minggu lalu selepas mengadu kebas kaki dan tangan ketika sedang bersarapan di rumahnya. Bagaimanapun, pelawak itu dibenarkan keluar sehari kemudian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036333 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list