CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17383|Reply: 0

[Sabah] 51 rumah setinggan dirobohkan di Kota Kinabalu

[Copy link]
Post time 24-7-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode


ROBOH: Pasukan keselamatan merobohkan salah sebuah struktur haram dalam operasi ini.

KOTA KINABALU: Sebanyak 51 rumah setinggan dirobohkan menerusi Op Pendatang Tanpa Izin (PTI) Bersepadu Mega di sebuah penempatan dalam sekitar ibu negeri, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, operasi yang dimulakan jam 3.30 petang itu turut menahan enam individu termasuk empat wanita warga Filipina kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, dalam operasi yang berakhir jam 5.20 petang itu juga berjaya merobohkan 51 rumah setinggan.

"Dalam operasi itu juga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menahan enam individu warga Filipina iaitu dua lelaki dan empat wanita berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun.

"Tangkapan PTI akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 51(C) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, operasi ini adalah kerjasama  agensi bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Operasi ini akan berterusan pada masa akan datang dalam usaha membanteras jenayah, PTI, dadah dan gejala sosial di daerah ini," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.239707 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list