CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18165|Reply: 5

[Jenayah] Mendatangkan Kecederaan, Membuat Pengakuan Taidak Bersalah Merompak Wang Pelancong Berjumlah AS$100!

[Copy link]
Post time 23-7-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode


MELAKA - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas tuduhan merompak wang pelancong berjumlah AS$100 sehingga mendatangkan kecederaan minggu lalu.

Muhammad Alif Syazwan Mohd Asr, 19, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Azaraorni Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan niat didakwa telah melakukan rompakan tanpa senjata sehingga mendatangkan kecederaan kepada Ramky Raji dan melarikan wang tunai AS$100 (RM470).

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 5.05 petang di Jonker Car Park, Jalan Portugis, Kampung Dua di sini, pada 15 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Rashidah Baharom mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana dia tidak bekerja.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 2 September depan sebagai sebutan semula kes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2024 04:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
taste kaka @pooh~key
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 23-7-2024 04:23 PM
taste kaka @pooh~key

Yang ni akak kureng sikit sissy kurek. Sebab boyot sissthur. Akak sendiri dah boyot nanti berlaga perut jah aim utamanya tak kesampaian sampai sudah sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 04:29 PM | Show all posts
pooh~key replied at 23-7-2024 04:27 PM
Yang ni akak kureng sikit sissy kurek. Sebab boyot sissthur. Akak sendiri dah boyot nanti berlaga  ...

ayat kak dud...dua2 menonggeng smpi ke subuh


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 04:38 PM | Show all posts
montel2 polis skrg ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.203117 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list