CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32436|Reply: 8

[Tempatan] Semak fakta sebelum kritik hutang negara, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 22-7-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Semak fakta sebelum kritik hutang negara

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/07/22/semak-fakta-sebelum-kritik-hutang-negara/

Elill Easwaran
22 Jul 2024, 03:34 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerajaan kini mengurangkan jumlah wang dipinjam, daripada RM86 bilion tahun ini berbanding RM100 bilion pada 2021 dan 2022.

Perdana menteri berkata kerajaan meminjam wang setiap tahun untuk pembangunan prasarana dan membayar hutang sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pengkritik menyemak fakta sebelum mengkritik mengenai hutang negara.

Anwar berkata negara terpaksa meminjam wang setiap tahun untuk membayar hutang sebelum ini termasuk berkaitan 1MDB.

Katanya, beliau sering diserang di media sosial dan dituduh ‘tidak memberikan jawapan sebenar’.

“Mereka kata hutang negara terus meningkat, tetapi mereka tidak melihat punca sebenarnya ia berlaku.

Setiap tahun kerajaan meminjam wang untuk prasarana dan membayar hutang sebelum ini, katanya ketika merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan.

Pada minggu lalu, Anwar berkata hutang kerajaan persekutuan meningkat RM50 bilion kepada RM1.22 trilion setakat akhir April tahun ini, berbanding RM1.17 trilion pada akhir tahun lalu.

Anwar memberi contoh hutang ditanggung 1MDB berjumlah RM48 bilion, dan berkata wang dipinjam untuk menyelesaikan hutang sebelum ini terus menjadi beban terbesar kerajaan.

“Bayangkan sekiranya kita boleh belanjakan wang itu untuk prasarana, seperti sekolah, klinik dan sebagainya.

Tetapi saya tidak boleh abaikan dan saya tidak boleh kata tidak mahu bayar hutang 1MDB, seperti dibuat oleh pentadbiran terdahulu, katanya.

Menurut Anwar, kerajaan mengurangkan jumlah wang yang dipinjam – RM86 bilion tahun ini berbanding RM100 bilion pada 2021 dan 2022.

“Pada 2021 dan 2022, kerajaan meminjam RM100 bilion. Apabila saya berkuasa, kita kurangkan (wang dipinjam) kepada RM93 bilion. Pada tahun ini RM86 bilion.

“Ini adalah hasil usaha kerajaan untuk mengurangkan deficit daripada 5.6% pada 2022 kepada 5% paa 2023 dan 4.3% pada 2024.

Kini sasaran jangka sederhana adalah mengurangkan hutang negara daripada 64% daripada KDNK negara kepada 60%.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 22-7-2024 05:08 PM

Najib dgn Tok Saka yg gigih buat hutang,ujung2 salahkan pmx.lol




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan berkenaan PMX hari ini kurang tepat.

RM48 bilion yang dimaksudkan dalam jawapan Menteri Kewangan II dalam Dewan Rakyat itu bukan dibayar sekaligus pada tahun 2023 lepas - tetapi ianya adalah jumlah keseluruhan prinsipal dan faedah hutang sejak 1MDB ditubuh.

Hutang 1MDB sebanyak RM18 bilion telah dibayar balik dan dilangsaikan pada tahun 2016 hingga 2017 setelah syarikat Edra Energy dijual semula.

Sebab itu, hutang 1MDB adalah sekitar RM32 bilion pada tahun 2018 selepas PRU14.

Sejak itu, dana sekitar RM30.2 bilion telah dikembalikan setkat ini sahaja melalui pelbagai perjanjian penyelesian. Ini termasuk:
1. RM29.03b yang telah diterima kembali setakat Feb 2024 seperti dalam kenyataan SPRM hari itu.
2. RM721.4 juta lagi yang dikembalikan oleh DOJ pada bulan Jun 2024 seperti diumum PMX
3. US$100 (RM470 juta) lagi yang akan dikembalikan seperti diumum DOJ pada akhir bulan Jun 2024.

Ada juga beberapa lagi penyelesian kes 1MDB yang masih belum muktamad dan bakal menyumbang lebih dana kepada 1MDB kelak.

(Paling pelik ialah kononnya Najib yang didakwa curi tetapi pihak-pihak lain yang bayar balik pulak?)

Perlu faham bahawa bukan kesemuanya RM32b atau hutang RM48b dana 1MDB telah hilang atau disalah guna oleh pihak-pihak lain.

Dana yang dipercayai bermasalah ialah sekitar US$4.5b iaitu nilai antara RM13.4b (USD1=RM3) ketika dana itu dipinda hingga ke RM21.2b (USD1=RM4.70) bergantung kepada tukaran FOREX semasa.

Segala dana yang didakwa hilang dari 1MDB ialah selepas ianya dijamin atau dibayar kepada IPIC. Sebab itu, kerajaan masa Najib sudah tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC pada tahun 2017 agar dana sehingga US$7.5 bilion dikembalikan selewatnya 30 Disember 2020.

Malangnya, perjanjian penyelesaian IPIC ini telah dibatalkan kerajaan PH1.0 selepas PRU14.

Biarpun itu, jumlah RM30.2b yang diperolehi kembali setakat ini sudah jauh melebihi nilai US$4.5b (RM12.5b hingga RM21.2b) yang didakwa hilang.

Perlu ingat juga bahawa 1MDB juga telah menggunakan dana yang pinjam mereka bagi mengusahakan projek-projek tersebut:

1. Membeli dan menyelesaikan masalah perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan masa PM4 yang didakwa Anwar dan sekutunya telah merugikan dana antara RM15b ke RM18b setiap tahun.

2. Membina dan menaik taraf 8 pangkalan ketenteraan seluruh negara termasuk pangkalan udara Sendayan iaitu pengkalan terbesar Malaysia.

3. Membina sistem terowong sepanjang 5km bernilai RM3 bilion di bawah daerah Imbi/Bukit Bintang dan jalan Sultan Jalan Ismail bagi mengurangkan kesesakan trafik bandar sebanyak 30%.

4. Projek TRX bernilai RM40 bilion yang dirasmikan PMX dan sudah terbukti sebagai satu projek yang berjaya

5. Projek Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion

6. Tanah Pulau Pinang bernilai RM2 bilion.

7. Tanah Pulau Indah bernilai RM500 juta.

8. Pelbagai projek-projek CSR termasuk menyumbang kepada pembinaan kandang Panda di Zoo Negara, ribuan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan ribuan penajaan Haji kepada umat Islam.

Hari ini, hutang 1MDB berbaki RM5 bilion yang hanya perlu dibayar pada tahun 2039 namun baki akaun amanah 1MDB setakat 30 September lalu adalah RM5.15 bilion, dijangkakan penyelesaian sejumlah AS$1 bilion atau RM4.65 bilion akan diterima daripada IPIC pada tahun 2024 ini seperti dijawab Timbalan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada Nov 2023 lepas.

Bermakna hutang dan faedah 1MDB sudahpun selesai dan projek 1MDB sudah dan akan memberi untung yang besar kepada negara.

Sebab itu, setelah Najib jelaskan dalam jawapan bertulis terperinci kepada speaker pada tahun 2022, dia tidak dikenakan apa-apa tindakan mengelirukan Dewan Rakyat bila dia nyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa wang Rakyat tidak akan diperlukan untuk bayar hutang 1MDB dan akhirnya 1MDB akan perolehi untung besar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 tak akan baca punya penjelasan yang panjang tu

Lebih senang nak paham kalau buar andaian najib je yang boleh keluarkan nuclear dari stor tentera atau rosmah menabung dari kecil
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang bertambah 120bil tahun 23 dia dok sembang hutang 1mdb 40bil tu pun rakyat tak reti congak. Bebal betul rakyat malaysia. Q1 24 saja hutang bertambah 34bil! Q2 24 jumlah bertambah jadi 50bil!!! Berapa kali hg nak bayar hutang 1mdb?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita pusing Halimmmmmm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2024 07:23 PM | Show all posts
arnauld replied at 22-7-2024 04:58 PM
Hutang bertambah 120bil tahun 23 dia dok sembang hutang 1mdb 40bil tu pun rakyat tak reti congak. Be ...

mcm dah terlepas rondabot
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji minyak turun bila dia naik pun dia slamber meng'anwart'kan rakyat...sape nak percaya ckp arbokk tua ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm pengalaman mendewasakan kita. Sekali aku kena tipu smpi Mati aku x percaya org tu. X Tau la kalo korang nak percaya jgk.

Hari ni jd kerajaan, esk minyak Turun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.060825 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list