CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 72498|Reply: 24

[Jenayah] Memegang Cek Berlogo Beer, Makcik Bertudung Bagi Alasan Tidak Dimaklumkan Oleh Penganjur!

[Copy link]
Post time 20-7-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode


Putrajaya: "Sebagai tetamu yang diundang saya tidak dimaklumkan penganjur senarai penyumbang sehinggalah ketika tiba di lokasi program," kata Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kesal usaha membangunkan pendidikan di Parlimen itu 'tenggelam' selepas tular gambar pembabitan sebuah syarikat minuman keras yang hadir sebagai salah satu penyumbang.

Menurutnya, beliau mengambil maklum mengenai gambar tular di media sosial memaparkan dirinya bersama individu lain dengan sebuah replika cek sumbangan syarikat arak berjumlah RM3 juta.

Katanya, Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) itu menjemput semua penyumbang termasuk beliau yang menyumbang sejumlah dana.

"Terdapat juga penyumbang persendirian, penduduk, alumni dan syarikat arak yang hadir pada program itu untuk membeli meja bagi menambah kutipan dana sekolah," katanya melalui kenyataan dikongsi di Facebook (FB).

Pada Ahad lalu, Aiman Athirah memenuhi undangan daripada Lembaga Pengurusan SJKC di Sepang bagi menghadiri Konsert Amal Pendidikan bertujuan membuat kutipan membina dewan sekolah yang didirikan sejak 30 tahun lalu.

Program itu dirasmikan oleh Exco Selangor, Ng Suee Lim dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek, Lwi Kian Keong.

Aiman Athirah berkata, beliau hadir ke program itu bagi memberi sokongan kepada pihak sekolah mengumpul dana membina dewan bagi keselesaan murid dan tidak mempunyai niat lain.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan pihaknya akan berusaha menghadiri mana-mana acara dianjurkan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai tanda komitmen dalam isu pendidikan anak-anak di kawasan itu.

Katanya, setakat 14 Julai lalu, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sepang di bawah Peruntukan Khas Perdana Menteri dan Projek Mesra Rakyat membelanjakan sebanyak RM1.2 juta untuk pendidikan anak-anak di kawasan itu yang jumlahnya hampir 50 peratus daripada peruntukan.

"Antara penerima sumbangan pada tahun ini terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lang sebanyak RM150,000, sekolah KAFA Desa Pinggiran Putra RM200,000 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana RM130,000," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2024 05:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2024 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2024 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sensitive langsung.

Makcik boleh je ngelak tapi xmau kannn

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai khas x jenguk tempat ke?
Mana team YB?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2024 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Mkn mengukuhkan persepsi parti Amanah ni adalah ____ pada DAP
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya yb kena panggil makcik bertudung labuh
Tapi tgk gmbr tudung kulup tu pun takda gaya yb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak tahu sekali pun tp bila dah di situ blh je minta tak join bergambar. Org takde nak paksa2 letak pistol kot

Benda blh elak lbh baik elak tak memasal dipandang serong
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw dia ni adik beradik mat sabu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
aiman ni pibg situ ke cikgu? ada cikgu pompuan nama aiman jugak kat sekolah situ. kan? ada sesiapa tahu ke... ke org yg sama? gelemer masuk porom cari
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 20-7-2024 11:55 AM
aiman ni pibg situ ke cikgu? ada cikgu pompuan nama aiman jugak kat sekolah situ. kan? ada sesiapa t ...

Acik Aiman tu MP Sepang kak.
Iolss kalau gi area Uniten/Kg. Dato' Abu Bakar Baginda/Gate 1 Putrajaya tu slalu nampak muka acik ni kat banner, board tepi jalan situ
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Marhaen nya wajah yb
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ada la setaz/setazah madanon tlg bekap dia x pegang botol arak cuma logo kertas jerr tu pun nk kecoh ke? mcm ulasan judi kaki jilat jonggang tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
anakkerengga replied at 20-7-2024 01:58 PM
Marhaen nya wajah yb

Xde ke netizen yg nk kutuk mcm isteri prnoreh la, isteri driver la
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudung gak yg di salahkn. Dah mmg wajib pakai. Kalau buka mcm shima teringin tu karang macam2 pulak kecaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mizzmimi at 20-7-2024 05:36 PM

That cheque was not an issue for her i think. Backdrop pentas tu pun dah sebesar alam kot takkan buta tak nampak. Sebab kena viral/kecam je dia bersuara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah....kaloo dia belah kerajaan  madani..itu kaloo lobai pas baru la benda ni:
-tak elok
-tak betul
-salah bebenor
         
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 06:03 PM | Show all posts
Logo beer to macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 20-7-2024 11:24 AM
Mkn mengukuhkan persepsi parti Amanah ni adalah ____ pada DAP

Amanah dan PKR tuuu...DAP pakai songkok!

hindu dlm pkr 55 percent ..sepet dlm pkr around 22 percent

lebih nya melayu kelabu asap .brown butt british!!!

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.074339 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list