View: 39580|Reply: 41
|
Demi ‘comeback’, penerbit Haji Zil sudi ambil Ruhainies berlakon - “Lebih baik berdiam diri atau minta maaf.”
[Copy link]
|
|
“Lebih baik berdiam diri atau minta maaf.”
Demikian respons penerbit Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Haji Zil mengenai kontroversi yang melanda pelakon, Ruhainies ketika ini.
Menurutnya, Ruhainies tidak seharusnya melakukan sesuatu yang boleh membuatkan kontroversi berkaitan dirinya berlarutan sehingga terus menjadi bahan kecaman netizen.
“Kalau boleh dia berhentilah daripada terpalit dengan kontroversi yang melanda ketika ini.
“Saya tidak menyokong tetapi dia harus lakukan sesuatu untuk ‘comeback’ dalam industri.
“Saya kasihan melihat sambutan ramai terhadap drama terbaharunya, Terjerat (lakonan bersama Aliff Aziz) kerana menerima kecaman teruk,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.
Dia juga menasihatkan aktres berusia 31 tahun itu tidak terus mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memakan dirinya semula.
“Saya sebagai individu yang agak rapat memang kasihan. Dia pun ada cakap dengan saya, sedikit kecewa yang selama ini ada kawan industri baik tetapi sekarang turut menghentam.
“Saya rasa dia tak payah keluarkan kenyataan dan sebarang komen sebab lebih baik berdiam diri atau minta maaf.
“Kalau tersalah cakap risau viral mcm isu tak boleh menangis depan kamera,” ujarnya.
Ujar Haji Zil, dia tidak keberatan untuk mengambil pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu berlakon dalam drama terbitannya tetapi perkara tersebut tetap bergantung kepada keputusan dan pendirian pihak stesen televisyen.
“Saya kasihan sebab dia baik dengan saya. Dia nak cari makan dengan industri sahaja.
“Dia ada tanya saya sama ada berani atau tidak nak ambil dia berlakon.
“Saya hanya jawab, tiada masalah kalau stesen TV boleh terima, saya okey sahaja sama ada dia atau Aliff,” jelasnya.
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies kembali menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Sementara, pada 3 Julai lalu, dua pelakon itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat tersebut.
Mahkamah seterusnya menetapkan prosiding seterusnya akan disambung pada 17 Oktober depan.
Sumber: Kosmo
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
|
|
|
|
|
|
|
kena boikot la drama ko..baik amik rita royani....royan2 pun ada isi... |
|
|
|
|
|
|
|
busuk2 pun nama memng tetap juga kena boikot |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik nyeeee. Kak km pun tak gitu tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayat selamat sbb kemut tanya and reputs tanya. Sebenarnya ko pun tak hingin amik dia berlakon kan kalau dah kontroversi gini takut kena boikot. Banyak lagi org lain ko boleh ambik |
|
|
|
|
|
|
|
Tak hingin tengok muka kemut kt tv memang iols akan tukar channel bukan sebab skandal alep tapi peel kemut yg busuk hati muka tembok tak sedar diri salah tu yg meluat nak tengok lakonan. Terbayang perangai buruk dia sebalik kamera. Lagipun iols memang memilih pelakon over cerita |
|
|
|
|
|
|
|
laqoyah replied at 20-7-2024 01:01 AM
kena boikot la drama ko..baik amik rita royani....royan2 pun ada isi...
Setuju. Dh lama x tgk drama baru rita |
|
|
|
|
|
|
|
She suka provoke dan still tak rasa bersalah. Receipts dia dan alif quote Babi untuk babi like sesuai |
|
|
|
|
|
|
|
laqoyah: kena boikot la drama ko..baik ...
Rita jauh bertiang pandai berlakon. Tgok watak dia dlm mami jarum n cerita2 lain yg dia berlakon pun tahu dia mmg boleh berlakon. X mcm kemut ni
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ruru pun berlakon so so je walaupun tak seteruk lakonan lofa or peah la (sorry peah walaupun ada bias kat dia sebab lawa tapi hakekat kena terima la).
dah so so, kuat provoke pulak, ingat ayat tak pandai nangis tu dia sesaja cakap ke?
lagi nak bising konon BFF dalam bidang seni turut menghentam, ingat BFF tu tak da akal pikiran ka nak menyokong benda salah.
hakekatnya hang tu yang langsi play victim. |
|
|
|
|
|
|
|
bkn setakat kalu pmpuan ni ada dlm drama je bikin org boikot,
if ada kak dia pun sama.kasi spoil org nk tgk.
tutup tv!
-netijem |
|
|
|
|
|
|
|
Elok laa amik dia, aku memang x tengok drama melayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni merembes dkt Mayonis ke Alip? |
|
|
|
|
|
|
|
i stuju ja kalau dia ni ambil balik berlakon jd watak tempelan. org gaji, penyondol, bini bernombor etc. mesti meletop. takyah dah jd watak utama. dia kena explore watak villain dlm drama plak. kecuali alip tu jgn bagi muka dah banned forever!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ridrud dah tua. dah level mak2 dan nenek2 muda
muka pun dah nampak glebeh
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi watak pontianak je sesuai... pontianak je gembira tak tahu malu kacau org |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mau.lah
Baik.iols tengok cite tamil |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak naik boleh. Belakon cite lawak. Tapi make sure lawak ko menjadi dik. Tengok Kepom. Kihkihkih. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila pindah ke Temasik Duduk jaga Mak Alep. Cari job kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Ruhainis kena mekap mcm ni selalu..baru nampak cantik dah mcm retis china.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|