CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26458|Reply: 1

Ahmad Zahid tarik balik saman fitnah RM220 juta terhadap portal Malaysiakini

[Copy link]
Post time 18-7-2024 08:07 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan tidak meneruskan prosiding saman fitnah bernilai RM220 juta terhadap sebuah portal berita berhubung laporan liputan perbicaraan kes rasuahnya.


Beliau yang juga Presiden UMNO dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil berikutan prosiding jenayah tersebut telah dilupuskan oleh Mahkamah Tinggi Jenayah pada 4 September 2023.


“Saya telah memfailkan saman terhadap MalaysiaKini pada 24 Mac 2021 bersabit dengan penerbitan laporan-laporan yang berbaur fitnah dan selektif berkaitan prosiding jenayah terhadap saya di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur (22 laporan kesemuanya).


“Bagaimanapun, oleh kerana prosiding jenayah tersebut telahpun dilupuskan oleh Mahkamah Tinggi Jenayah, saya telah dinasihatkan oleh pihak peguam saya untuk tidak lagi meneruskan prosiding saman fitnah terhadap Malaysiakini ini bagi menghormati keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dan tidak memprejudis pihak-pihak yang terlibat,” katanya hari ini.


Media pada 26 Mac 2021 melaporkan, Presiden UMNO mengemukakan saman fitnah bernilai RM220 juta terhadap Malaysiakini berhubung laporan liputan perbicaraan kes rasuahnya.


Tuntutan itu yang diajukan pada 24 Mac, memetik 22 artikel yang diterbitkan oleh portal berita tersebut.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, tindakan yang dilakukan oleh defendan-defendan dalam saman fitnah tersebut telah mencemar nama baik dan memberikan sentimen negatif terhadap dirinya.


Bagaimanapun, katanya, setelah mempertimbangkan nasihat peguam dan melihat kepada perkembangan semasa, beliau mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan isu itu.


Justeru, katanya, beliau berharap defendan-defendan terbabit lebih bertanggungjawab dan telus ke atas semua laporan-laporan yang diterbitkan terhadapnya selepas ini.


“Saya juga berharap laporan-laporan yang berbaur fitnah dan selektif seperti yang dikeluarkan sebelum ini tidak berulang lagi di masa akan datang.


“Saya juga menyeru kepada pemain media dan semua pemegang taruhnya untuk terus bersandarkan kepada prinsip dan etika kewartawanan yang tinggi dan berhemah atas setiap penerbitan,” katanya.


Ujar beliau, terbitan berita yang salah, laporan yang selektif, bias dan tidak tepat merencatkan keyakinan awam kepada nilai kewartawanan yang bertanggungjawab.


Tambah beliau, ia juga akan mencemarkan integriti lebih-lebih lagi apabila melibatkan nama baik dan keperibadian seseorang atau sesebuah institusi.  


Sumber : KOSMO! ONLINE


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bebas ye wak buat apa nak pnjg cerita lg ye x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.207488 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list