CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24112|Reply: 23

[Tempatan] 3 pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Malaysia paling cemerlang di University of Manchester

[Copy link]
Post time 15-7-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode
3 pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Malaysia paling cemerlang di University of Manchester
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Julai 15, 2024 @ 10:04am
[email protected]


Muhammad Nazmi Mohd Ropi dan Mohamad Mukhzuhayr Mohd Rashid (kanan).


KUALA LUMPUR: Tiga pelajar Malaysia meraih keputusan paling cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di University of Manchester, United Kingdom (UK).

Muhammad Nazmi Mohd Ropi, Wan Nur Adlina Wan Halim dan Mohamad Mukhzuhayr Mohd Rashid menerima hadiah 'Overall Performance in the Year Group (based on GPA)'.

Muhammad Nazmi, 24, yang berasal dari Rawang, Selangor berkata dia bersyukur dan gembira apabila dinobatkan sebagai paling cemerlang, di tempat pertama dalam kohort.

Bercita-cita menjadi pembangun perisian, Muhammad Nazmi tidak menyangka memperoleh pengiktirafan itu dan hanya rakan sekelas yang tahu hasil usaha keras untuk mencapai tahap sebegitu.


"Terima kasih kepada pendorong utama saya iaitu ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan saya.

"Rakan sekelas yang aktif dalam perbincangan juga banyak membantu selain hubungan sosial yang rapat membawa kepada saling bantu-membantu ketika susah dan senang.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru yang sentiasa memberi sokongan kepada saya setiap masa," kata bekas pelajar Kolej Yayasan UEM itu.

Mengenai persaingan sejak belajar dalam bidang itu pada 2020, dia mengakui persaingan pelajaran di luar negara memang kompetitif.

Katanya yang mendapat tajaan Petronas, ramai pelajar yang bijak dan mereka turut mempunyai kelebihan dalam bahasa Inggeris.

"Jadi apa yang saya lakukan adalah memahirkan lagi penguasaan bahasa Inggeris untuk lebih memahami bahan kursus.

"Namun, situasi kompetitif inilah yang memberi dorongan untuk saya melakukan yang terbaik dan membuktikan pelajar Malaysia juga mampu mencapai kejayaan cemerlang," katanya yang mendapat 10A+ 1A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu.

Katanya, dia memilih jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik kerana sangat kagum dengan teknologi itu yang berubah dengan begitu pantas kerana ia adalah asas kepada banyak inovasi yang digunakan setiap hari.

"Saya mahu memberikan impak dalam inovasi teknologi yang dapat digunakan oleh orang ramai.

"Selain itu saya berharap untuk terus berbakti kepada negara dan saya berbangga untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan ilmu yang saya perolehi," katanya yang turut mempunyai adik yang sedang belajar dalam bidang Sains Komputer di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Wan Nur Adlina, 24, dari Pulau Pinang, berkata dia tidak menyangka keputusannya menyambung pengajian dalam bidang itu membolehkannya mendapat kedua terbaik dalam kohortnya.

Katanya, dia memilih kursus itu kerana minat ke arah 'coding', cara menghasilkan elektrik menggunakan tenaga bersih dan 'embedded systems' iaitu sebagai contoh dapat melihat bagaimana dari 'coding' berjaya membuatkan robot bergerak.

"Terima kasih kepada ahli yang tidak putus memberi semangat dan dorongan sepanjang pengajian saya dan tidak lupa juga rakan satu kursus yang sentiasa ada untuk saya ketika saya memerlukan pertolongan," kata anak bongsu dari tiga beradik itu.

Dia yang bercita-cita menjadi jurutera berkata, pada awalnya dia agak risau sekiranya tidak mencapai taraf dikehendaki University of Manchester kerana dia sedar semua pelajar di situ hebat.

Bagaimanapun katanya, semakin lama belajar di situ, dia menyedari semua pelajar berada di tahap terbaik dan yang membezakan mereka hanyalah usaha untuk menghasilkan kualiti kerja yang bagus.

"Saya berharap pencapaian ini dapat membantu saya menggunakan pengetahuan yang ada ini dengan sebaik mungkin untuk menyumbang kepada keperluan bakat yang sangat diperlukan oleh negara," katanya.

Mohamad Mukhzuhayr, 24, dari Selangor, berkata dia tidak menyangka berpeluang menerima pengiktirafan ketiga terbaik dalam kohortnya itu.

Anak kelima dari enam beradik yang mendapat tajaan MARA sejak melanjutkan pelajaran pada 2020 itu berkata, sejak bersekolah lagi dia sentiasa mendapat dorongan daripada ibu dan keluarga untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Bagi saya apa yang penting dalam hidup ini adalah sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu dan dari situ akan mendapat lebih banyak ilmu berguna.

"Selain itu, sepanjang berada di UK juga saya kerap membuat latihan industri bagi mendapatkan seberapa banyak pengalaman di luar kampus," kata bekas pelajar Kolej MARA Seremban itu.

Mohamad Mukhzuhayr yang akan bergraduasi pada 18 Julai ini berkata, dengan pencapaian itu dia berharap selepas ini cita-citanya untuk menjadi jurutera perisian akan tercapai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 02:45 PM | Show all posts
tahniah....
anda semua hebat
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Muka2 cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 03:04 PM | Show all posts
tahniah anak anak, selamat maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. acik jeles tgk org pandai
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 04:17 PM | Show all posts
Tahniah anak muda. pandai pandai belaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ker budak Melayu dikata malas dan tak pandai mcm anak cina?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
congrats
bagus betul yg byk buat practical tu, bkn sng nak dpt ilmu kat negara org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Tahniah buat ketiga2 yg berjaya
Tumpang happy utk diarg & family
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik..masa depan cerah korang ni..famili mesti bangga n happy sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 08:01 PM | Show all posts
kalau macam ni, kalau pun anak kayangan, dapat sponsor, tak lah meluat membacanya.. kan..

tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Page Bahasa Cina mana ada nk up psl kejayaan budak Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah .. tumpang bangga
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Tahniah anak muda
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dikkk. Tumpang bangga
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..anak2 hebat semua ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik2. ada juga. berita positif lepas baca pengawal terleps denga budak uspi hilang
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa lah wartawan caprut. Gambo si perempuan ko tak up pulak ya? Ko saje nak cetuskan feminism kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
subhanallah. im so happy n proud. tumpang bangga as malaysians. harap boleh menyumbang pada pembangunan negara n ummah di masa akan datang. jgnla disia siakan kepakaran org2 hebat ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.370961 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list