CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11492|Reply: 2

[Dunia] Ular tedung tercekik botol ubat batuk

[Copy link]
Post time 6-7-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
NEW DELHI: Seekor ular tedung nyaris mati selepas hampir tertelan sebotol ubat batuk yang disangka tikus dalam kejadian jarang berlaku di Bhubaneswar, negeri Odisha.

Mujurlah, sukarelawan bantuan ular dihubungi telah tiba tepat pada masa lokasi kejadian dan berjaya mengeluarkan botol tersebut.

Video yang tular itu dikongsi dalam platform X oleh pegawai Perkhidmatan Hutan India, Susanta Nanda,


Dalam video itu, reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.

Kemudian, anggota sukarelawan datang dan terus memegang rahang reptilia tersebut serta mengeluarkan botol ubat batuk sebelum melepaskannya kembali ke dalam hutan.

Namun, selepas video tular di media sosial, ramai netizen memuji tindakan anggota sukarelawan tersebut serta marah terhadap segelintar orang ramai yang gagal melupuskan sisa sampah dengan sempurna sehingga membahayakan hidupan liar dan alam sekitar.


"Tahniah dan anda bukan sahaja membantu ular tersebut, tetapi berjaya mengekalkan kelestarian alam semulajadi," menurut netizen.

Seorang lagi netizen menulis ciapan bahawa peraturan ketat perlu diwujudkan supaya orang ramai tidak membuang sampah sesuka hati.

"Manusia paling mencipta banyak masalah untuk makhluk lain di bumi ini tetapi bukan sahaja haiwan dan alam sekitar malah sesama mereka," katanya. - Sinar Harian memetik agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2024 09:22 AM | Show all posts
Hak mendadih hak setiap makhluk
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 09:58 AM | Show all posts
ular ni kena covid kot, tekak tak selesa, dah kokak lupa takde tangan nak buka penutup botol ubat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040427 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list